share dari link fb ~Mohamed Ibrahim Maricar
Syurga Pertama dan Syurga Kedua: Syurga kedua tidak akan dapat kita masuki sebelum syurga pertama.
Imam Al-Ghazali pernah berkata:
" Cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti ".
Daripada Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Apabila kalian memohon kepada Allah SWT maka mohonlah kepada-Nya syurga Firdaus, kerana sesungguhnya Firdaus adalah syurga yang paling baik dan yang paling tinggi. Di atasnya adalah ‘Arasy dan daripadanya memancar sungai-sungai syurga.”
Para salaful soleh, mereka meletakan diri mereka kepada dua syurga. Syurga pertama adalah syurga dunia dan syurga kedua adalah syurga akhirat. Syurga kedua tidak akan dapat kita masuki sebelum syurga pertama.
Syeikhul Islam rahimahullah berkata : “ Sesungguhnya di dunia ini terdapat syurga, sesiapa yang belum memasukinya nescaya dia tidak akan memasuki syurga akhirat kelak.”
Orang bertanya kepada Ibnu Qayyim, apakah syurga dunia itu? Dia menyebutkan bahawa syurga dunia itu adalah mencintai Allah. BersamaNya. Kerinduan bertemu denganNya. Menghadap kepadaNya dan berpaling dari hal selainnya.
Ibnu Taimiyah RA juga berkata perkara yang sama, “ Sungguh, di dunia ini ada syurga, siapa yang belum memasukinya, ia tidak akan memasuki syurga akhirat.”
Mereka bertanya kepadanya, “ Apakah itu?,”
Ia menjawab, “ Syurga mengenal Allah, mencintai-Nya, rindu kepada-Nya dan berlemah lembut kepada-Nya.”
Dalam bahasa arab, ia disebut Mahabbatullah.
Mahabbah ~ Cinta dan kasih sayang.
Ia adalah perasaan yang mendalam dan jauh menyentuh sanubari jiwa.
Inilah titik kebahagiaan yang tiada tolak bandingannya.
Ibnu Qayyim al-Jauziyah menyebutkan bahawa terdapat 3 unsur kebahagian yang sebenarnya. Tanpanya, seseorang itu tidak akan dikatakan mengecapi kebahagian yang sebenar.
Katakan, kebahagiaan itu terdiri daripada 3 unsur atau perkara iaitu :
Pertama, Ma’rifatullah ( Mengenali Allah SWT)
Kedua, Thoa'tullah ( Mentaati Allah SWT)
Ketiga, Mahabatullah (Mencintai Allah SWT)
Mencintai Allah SWT, ia adalah suatu kenikmatan yang sukar diungkapkan melalui lisan bicara. Ia adalah cinta yang menguatkan, membangkitkan, melonjakkan dan menghairahkan. Kenikmatannya tidak sampai ke pangkal hati manusia dengan bicara lisan yang meniti di bibir lisan manusia semata-mata.
Jika, berhajatkan perasaan cinta ini – marilah kita menenggelamkan diri kita dalam suasana cinta ini. Sungguh ada saat, ketika dan detiknya kita berupaya melabuhkan perasaan cinta yang suci ini. Ia akan menghanyutkan kita dengan belaian kasih sayang Sang Pencipta di saat kita benar-benar mabuk dikuasai oleh aura cinta ini.
Menyingkap Jendela Malam yang gelap gelita
Tahukah kalian? Terdapat satu detik masa yang sangat-sangat sensitif dan ia akan mengesani hati manusia yang benar-benar terpilih untuk merasainya.
Ia adalah detik yang sungguh luar biasa. Dipenuhi ketenangan, kedamaian, ketenteraman, keindahan dan keheningan. Di saat kesunyian dan keheningan itu – hati insan sangat bersih, suci, putih dan penuh tumpuan. Ia sunyi tanpa suara kebisingan manusia yang pelbagai rupa. Kelamnya, gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Namun, ada langit yang bercahaya lantaran hiasan suluhan bintang di hamparan atmosfera dunia.
Dan itulah keunikan detik-detik di ufuk keheningan malam. Saudara – saudari yang budiman, ia adalah detik yang dipenuhi dengan kehangatan cinta kepada Sang Pencipta. Malam adalah saat yang paling tepat dan sesuai untuk bersunyi-sunyian di sisi Allah SWT. Pada ketika itu, ada ruang yang istimewa untuk menghampiri diri kepadaNya, merasakan kemesraan dan bermunajat kepadaNya.
Ibnu Taimiyah RA berkata, “ Betapa merananya penduduk dunia yang meninggalkan dunia ini, dan tidak pernah merasakan yang termanis daripadanya.”
Ia ditanya, “ Apakah yang termanis dari dunia?.”
Beliau menjawab : “ Manisnya bermesraan dengan Allah SWT.”
Suatu hari, ada seorang bertanya kepada al-Hassan al-Basri :
“ Apa yang menyebabkan wajah orang-orang yang sering melakukan solat malam sangat menawan dan mempesonakan?,”
Al-Hassan al-Basri menjawab :
“ Kerana mereka bersama Allah Yang Maha Kasih. Maka, Allah memberikan cahaya yang berasal dari cahaya-Nya.”
Tips menuju cinta Allah SWT :
Jangan terus-menerus melakukan kemaksiatan. Jangan sayang kepada dosa dan maksiat. Pujuklah hati dan tawanlah ia dengan keazaman, kesungguhan dan keseriusan. Dosa, aku benci kamu!
Segeralah meningglkan teman-teman yang “buruk”. Ia hanya merosakan kita, dan mendekatkan kita kepada kebusukan bau neraka.
Kerjakan solat fardu lima waktu tepat pada waktunya. Dan terus menerus istiqamah. InsyaAllah, anda akan merasai suatu kelainan dalam kehidupan.
Berjinak-jinaklah melakukan solat fardu secara berjemaah di surau atau masjid. Tidak perlu sekali gus serentak. Tetapi beransur-ansur dan berperingkat-peringkat.
Banyakanlah mengingati Allah SWT dalam setiap detik kehidupan anda. Cara termudah, perbanyakanlah berdoa. Berdoa selepas solat, berdoa di saat musibah dan berdoa di saat senang.
Latihkanlah diri, bangun awal sejam sebelum subuh. Mendirikan solat sunat Tahajud, Witir, Taubat, berzikir dan tafakur.
Bergaul dan bertemankan teman-teman yang soleh.
Berdoa bersungguh-sungguh dan bergantung penuh pengharapan kepada-Nya.
Hadirilah majlis-majlis ilmu dan tazkirah untuk memberi peringatan kepada jiwa dan hati.
Istiqamah akan amalan2 untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan