Isnin, 25 Mac 2013

Ayam Percik


share dari link fb Buku Resepi

Ayam Percik 
Oleh: Naimah Md Ludin
Bahan2
1 ekor ayam (potong 4 bahagian)
serbuk kunyit
garam halus

cara:
gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit..bakar/panggang sampai masak
bila ayam dah masak boleh ambik skit percik tadi siram atas ayam..balik2 kan sampai percik agak garing..baki percik siram atas ayam masa hidang...

percik
2 batang serai (ketuk2 je)kalau nak bland pun boleh
*10 tangkai cili kering (potong pendek n rebus)
*sedikit belacan
*1 labu bawang besar
*2 - 3 inci kunyit hidup
*1 cawan santan cair
*1 sudu kecil jintan manis
* 1 inci halia
* 4-5tangkai cili padi
jus asam jawa/asam keping
1/2 cawan pati santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit

-bland bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik
-masak sampai agak2 nak pekat,masukkan jus asam jawa/asam keping,pati santan dan perasakan garam gula...biarkan mendidih...carik2n/hiris halus daun kunyit dalam percik (kalau nak ganti ngan daun limau purut pun boleh)
-bila dah masak boleh siram atas ayam bakar tadi@masukkan ayam bakar dlm percik..gaul sebati dan hidangkan

*kalau percik tu nak guna utk ikan/sotong xperlu tambah halia masa bland cili n bhn2 lain tu ya.

Selamat mencuba! :)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan