Isnin, 25 Mac 2013

Qailulah..(tidur sekejap waktu siang) sunnah yang menstabilkan emosi dan mental manusia.........

share dari link fb ~Islam Agama Ku


Qailulah..(tidur sekejap waktu siang) sunnah yang menstabilkan emosi dan mental manusia.........
12.00 tgh hingga sebelum Zohor....waktu Qailulah..iaitu rehat ..tidur sekejap..kerana pada waktu ini..cuaca amat panas(klimaks)..dan waktu ini bukanlah waktu yang digalakkan berziarah rumah orang kecuali pada keadaan terpaksa

Sabda Rasullah s.a.w:

"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah"

(Riwayat ai-Tabrani)

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai dengan fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus

Inilah sunnah Nabi saw yang cukup hebat untuk menyihatkan ....kecerdasan emosi dan mental....yang patut kita amalkan......

Tapi ingat...jika kita mula Qailulah jam 12.00 tgh bangun pula pukul 6.00 petang...yang ini bukan Qailulah.....ini namanya...".Ko nak kena siksa dengan Allah" ....tido sampai zohor pun lebuh.......ha ha ha ha.....dasar kuat tido macam beruang musim sejuk...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan