Isnin, 15 Jun 2015

Apam Beras

share dari link fb ~ Resepi Bonda

Apam Beras

Bahan-bahan

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 camt. yis mauripan
kelapa parut dan garam
Cara-cara

Kisar nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sikit2 dan kisar sampai halus)
Setelah hancur campurkan gula kedalamnya dan kisar lagi hingga sebati.
Dalam bekas lain, satukan semua tepung dan yis.
Masukkan cecair tadi kedalam bekas tepung dan kacau rata.
Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan.
Perap adunan selama 3 jam.
Panaskan kukusan. Sapukan minyak pada acuan. Isikan 3/4 penuh.
Kukus selama 15 minit
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan