Khamis, 4 Jun 2015

Mad about Pies 2015 (Pelbagai Jenis Pie ~ Lya Uzir Creative Living

share dari link fb ~ Lya Uzir Creative Living
FEB2015 Resepi 1

BEEF VEGETABLES POT PIE

Bahan- bahan:
1-2 biji kentang - di buang kulit dan dipotong kiub bersaiz 1/4 inci ( 2 cawan )
1 1/2 paun daging batang pinang - dipotong 1/2 inci kiub
1 cawan bawang besar yang telah dihiris dadu
3 ulas bawang putih- dicincang halus
3 sudu besar mentega tanpa garam
3 sudu besar tepung serbaguna/tepung gandum
1 1/2 kiub stok daging lembu- dilarutkan dengan 2 1/2 cawan air suam
1/4 cawan heavy cream
2 sudu besar sos Worcestershire
3 cawan mix vegetables
2 sudu besar hirisan daun sup
3/4 sudu kecil dried thyme
1 biji telur
Minyak canola
Garam
Lada hitam yang di tumbuk kasar

Bahan-bahan untuk kulit pastri:
1 1/4 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1/2 cawan (1 stick) unsalted butter (sejuk) - dipotong kiub
2 - 4 sudu besar air sejuk

Cara membuatnya (kulit pastri):
- Campurkan sekali tepung, garam dan gula di dalam mangkuk yang besar. Gaulkan. Masukkan butter dan dengan menggunakan hujung jari ramas butter dan tepung sehingga menjadi butiran halus seperti serbuk roti/biskut. Renjiskan 2 sudu besar air sejuk pada adunan dan uli adunan sehingga ianya menjadi doh.
- Balut doh dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti ais selama sejam sebelum menggunakannya.

Cara membuatnya (inti):
- Panaskan ketuhar kepada 190 darjah Celcius.
- Rebus kentang yang telah di potong dengan 1 sudu besar garam sehingga empuk.
- Perasakan daging dengan garam dan lada hitam. Panaskan minyak dan masukkan daging. Masak sehingga daging tersebut menjadi keperangan. Kemudian keluarkan daging tersebut untuk diasingkan terlebih dahulu. Setelah itu dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang besar dan tumis sehingga layu. Kemudian masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau. Tutup api dan keluarkan bawang tadi kedalam bekas yang berisi daging tadi.
- Menggunakan bekas yang sama (memasak daging dan bawang), cairkan mentega. Kemudian masukkan tepung dan masak tepung itu sehingga menjadi keperangan. Masukkan air kiub stok daging lembu, krim dan sos Worcestershire, biarkan mendidih. Masak sehingga kuah menjadi pekat. 
- Kemudian masukkan daging yang telah dimasak tadi, kentang, daun sup, daun thyme dan serbuk lada hitam. Kacau dan biarkan ianya mereneh lebih kurang 10 hingga 15 minit. - Setelah ianya masak, isikan inti daging ini kedalam bekas bulat yang bersaiz kecil atau sederhana besar. - Untuk menutup permukaan dengan kulit pastri, doh digelek terlebih dahulu di atas permukaan yang ditaburkan sedikit tepung. Gelek doh dengan ketebalan 1/8 inci dan potong mengikut saiz bekas yang digunakan. Potong sedikit besar.
- Letakkan doh yang telah dipotong tadi diatas permukaan bekas pastri yang digunakan, tekankan sedikit doh dibahagian tepi dan potong lebihannya. Buatkan 2-3 garisan dibahagian tengah dengan menggunakan pisau atau anda boleh mencucuk kulit pastri dengan garpu.
- Pukul telur dengan satu sudu besar air dan sapukan bancuhan telur disetiap permukaan kulit pastri. - Letakkan bekas di atas dulang pembakar dan bakar sehingga 30-40 minit atau sehingga kulit pastri menjadi keperang-perangan.
FEB2015 Resepi 2

CHERRY CHEESE PIE

Bahan-bahan:
8 auns krim cheese, lembutkan terlebih dahulu
1 (14 oz) tin susu pekat
1/3 cawan perahan jus lemon
1 sudu kecil esen vanilla
21 oz cherry pie filling
2 cawan (475ml) biskut digestive
2 sudu besar gula
Garam
5 sudu besar (70 gm ) unsalted butter (cairkan) - jika guna salted butter, abaikan penggunaan garam

Cara membuatnya:
- Untuk membuat bahagian dasarnya, sapukan mentega dalam loyang/bekas dan lapikkan dengan kertas minyak. Hancurkan biskut terlebih dahulu. Kemudian masukkan biskut yang dihancurkan di dalam mangkuk. Tuang mentega yang telah dicairkan dan gaul sebati. Kemudian, biskut ini dituangkan dalam bekas/loyang cheesecake dan jadikan ianya sebagai dasar/base untuk pai ini. Tekan-tekan biskut ini sehingga ianya betul-betul padat. Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama satu jam.
- Pukul krim cheese sehingga kembang. Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit dan pukul sehingga adunan menjadi lembut. Caurkan jus lemon dan esen vanila.
- Tuangkan ke atas lapisan biskut tadi dan sejukkan selama 3 jam. Kemudian tuangkan buah cherry dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.
FEB 2015 Resepi 3

COTTAGE PIE

Bahan-bahan:
1 kg kentang- dikupas kulitnya dan dipotong kiub
100 gram leek - dihiris halus
15 gram mentega tanpa garam
150 ml susu
1 sudu besar minyak sayuran
1 labu bawang besar - di hiris halus
1 biji lobak merah- dipotong dadu
250 gram cendawan butang- di potong dua
300 gram daging - di potong kiub
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tomato puri
400 gram 'chopped tomatoes'
250 ml stock daging - dgn menggunakan 1 kuib stok daging lembu
2 sudu kecil sos Worcestershire
2 sudu kecil mixed herbs
30 gram keju Cheddar- diparut

Cara membuatnya:
- Panaskan oven kepada 180 Celcius. Sementara itu rebuskan kentang sehingga lembut. Kemudian tos dan ketepikan kentang itu. Selepas itu rebus pula daun leek selama 5 minit. Toskan dan campurkan dengan kentang dan lenyekkan dengan susu dan mentega. Perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam. - Panaskan kuali/periuk. Masukkan bawang besar, lobak merah dan masak selama 5 minit sehingga ianya lembut. Masukkan pula cendawan dan masak lebih kurang 5 minit lagi.
- Dalam bekas yang lain, salutkan daging dengan tepung. Kemudian masukkan ke dalam kuali/periuk tadi (yang berisi bawang,lobak merah dan cendawan). Masak daging tersebut lebih kurang satu minit kemudian masukkan tomato puri, 'chopped tomatoes' , stock daging lembu, sos Worcestershire dan dried mixed herbs. Biarkan ianya mereneh selama 15 minit.
- Kemudian, masukkan inti yang telah dimasak ke dalam bekas untuk dibakar. Tutup bahagian atas dengan kentang yang telah dilenyekkan tadi. Taburkan parutan cheese di atas lapisan kentang itu dan bakar dalam lebihnkurang 25-30 minit atau sehingga bahagian atas menjadi kuning keemasan.
FEB 2015 Resepi 4

FRUITS PIE

A) untuk bahagian dasarnya
Bahan-bahan:
1 cawan tepung serbaguna
1/4 garam
1/2 cawan gula castor
4 sudu besar mentega tanpa garam (sejuk)
1 biji telur

Cara membuatnya:
- Ayak tepung dan garam. Masukkan dalam mangkuk bersama gula castor dan juga mentega sejuk. Gaulkan bahan ini sehingga menjadi seperti butiran pasir. Anda boleh menggunakan jari, food processor atau mixer. Kemudian masukkan telur dan gaulkan sehingga ianya menjadi doh. Kemudian bulatkan doh ini dan balut dengan plastik dan simpan di dalam peti ais selama satu jam.
- Setelah doh sejuk, taburkan tepung di atas permukaan yang rata untuk diw canai. Canai doh tersebut bentuk bulat dan bersaiz 11 inci. Letak di dalam bekas yang berukuran 8 inci. Pastikan ianya menutupi bekas tersebut dengan sempurna. Potong lebihan doh tadi. Kemudian bekukan dahulu selama 20-30 minit sebelum dibakar.
- Setelah doh tadi telah sejuk, keluarkan daripada peti sejuk. Ambil kertas timah (pastikan ianya cukup untuk menutupi bahagian atas doh tadi) dan semburkan sedikit minyak masak. Kemudian cucuk pastri dengan menggunakan garpu,dan lapikkan dengan kertas timah. Letakkan pemberat di atas kertas timah seperti kacang supaya kulit pastri tidak naik mengelembung nanti.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 180 Celcius selama 20 minit. Kemudian alihkan kertas timah itu keluar, dan bakar lagi sehingga kulit pastri menjadi kuning keemasan.

B) Krim pastri
Bahan-bahan:
3 biji kuning telur
1 cawan susu
1 sudu besar esen vanila
2 1/2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
1 sudu besar mentega

Cara membuatnya:
- Didihkan susu bersama esen vanila. Kemudian, dalam bekas yang berlainan pukul kuning telur dengan gula. Masukkan tepung jagung dan pukul sehingga adunan menjadi sedikit pekat dan lembut.
- Masukkan dahulu setengah sahaja susu yang telah dipanaskan tadi perlahan-lahan ke dalam bancuhan telur dan pukul sehingga ianya sebati. Kemudian tuangkan kembali bancuhan ini ke dalam lebihan susu tadi dan masak di atas api yang yang kecil. Kacau bancuhan ini sehingga ianya menjadi pekat dan berkrim. Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati. Tutup api dan ketepikan.
- Untuk membuat sapuan glaze, masak 4 sudu besar jem aprikot dengan 2 sudu kecil air. Renehkan sehingga ianya menjadi berkilat dan sedikit cair. Sapukan ke atas kulit pastri. Kemudian tuangkan krim tadi dan aturkan di atasnya buah- buahan pilihan anda.
FEB2015 Resepi 5

HEALTHY PUMPKIN PIE

Bahan-bahan:
A) untuk 'base'
4 cawan biskut digestive
1/2 cawan oats
1 sudu besar minyak kelapa ( optional )
2 sudu besar mentega
1 sudu besar madu
1 sudu kecil Pumpkin Pie Spice

B) Intinya
1 cawan puri labu (dalam tin/buat sendiri)
3/4 cawan susu
2 biji telur putih
1/4 cawan madu/ maple syrup/gula

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada 180 Celsius. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar makanan atau anda boleh menghancurkan terlebih dahulu biskut dengan memasukkan ke dalam plastik dan pukul dengan penggelek doh sehingga hancur. Kemudian campurkan serbuk biskut itu dengan minyak kelapa serta mentega yang dicairkan terlebih dahulu, oats, madu dan pumpkin pie spice. Kemudian masukkan ke dalam bekas dan tekan-tekan padat pada dasar bekas. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan ianya sejuk.
- Untuk intinya, campurkan kesemua bahan di dalam mesin pengisar. Kisar sehingga ianya menjadi halus. Kemudian tuang ke atas 'base' yang telah disediakan sebelum ini. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar dengan kepanasan 200 Celsius selama 5-7 minit. Kemudian turunkan kepanasan kepada 170 Celsius dan bakar sehingga 20-25 minit atau sehingga intinya keras/masak. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

* Untuk membuat puri labu 'homemade', potong sebiji labu saiz sederhana kepada empat bahagian. Buang bijinya. Sapukan minyak zaitun atau minyak sayuran pada setiap isi labu. Taburkan sedikit garam. Kemudian bakar pada suhu 200 Celsius, sehingga isi labu menjadi lembut. Keluarkan, sejukkan terlebih dahulu dan ambil isi labu, kisar sehingga halus.
FEB2015 Resepi 6

CHICKEN POT PIE

Bahan-bahan:
A) untuk kulit pastri
9 oz ( 2 cups ) tepung serbaguna
3/4 sudu kecil garam
6 oz ( 12 sudu besar ) mentega tanpa garam (sejuk) - di potong kiub

B) untuk inti
2 1/2 lb. daging ayam bahagian dada - tanpa kulit dan tulang
1/2 lb cendawan butang putih - dibelah empat (2 cawan)
1 1/2 cawan bawang besar - dipotong dadu
4 batang lobak merah - dibuang kulit dan di hiris 1/2 inci tebal (1 1/2 cawan )
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 oz (4 sudu besar ) mentega tanpa garam
2 1/4 (1/2 cawan) tepung serbaguna
3 cawan rebusan stok ayam/ 1 kiub stok ayam + 3 cawan air
1 cawan heavy krim
1 3/4lb kentang - di potong kiub bersaiz 1/2 inci (5 cawan)
1 cawan kacang pis (sejukbeku atau dalam tin)
1/4 cawan daun sup - di hiris
2 sudu besar daun thyme - di hiris
1 1/2 sudu besar mustard
Minyak zaitun
Garam
Lada hitam yang di tumbuk halus

Cara membuatnya:
A) kulit pastri - Campurkan sekali tepung dan garam di dalam mangkuk yang besar. Gaulkan. Masukkan butter dan dengan menggunakan hujung jari ramas butter dan tepung sehingga menjadi butiran halus seperti serbuk roti/biskut. Renjiskan 2 sudu besar air sejuk pada adunan dan uli adunan sehingga ianya menjadi doh.
- Balut doh dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti ais selama 2 jam sebelum menggunakannya.

B) untuk intinya
- Panaskan minyak terlebih dahulu. Sapukan garam dan lada hitam terlebih dahulu pada daging ayam. Masukkan daging ayam, dan masak sehingga kedua- dua bahagian ayam menjadi keperangan. Kemudian ketepikan ayam tersebut dan potong 3/4 atau 1 inci besarnya.
- Panaskan minyak dan masukkan bawang dan lobak merah. Masak sehingga sehingga bawang menjadi keperangan. Kemudian masukkan bawang putih dan tymis sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan pula cendawan dan masak sehingga cendawan menjadi lembut. Tutup api dan tuangkan sayuran ini ke dalam bekas yang berisi ayam tadi.
- Cairkan sedikit minyak dengan menggunakan periuk yang sama. Kemudian masukkan tepung dan masak sehingga tepung ini menjadi tidak berketul-ketul. Masukkan stok ayam dan krim. Biarkan ianya mendidih. Kemudian perlahankan api dan masukkan kentang, ayam dan sayuran yang telah dimasak tadi. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya. Biarkan ianya mendidih sehingga kentang dan lobak merah menjadi empuk. Kemudian masukkan kacang pis, daun sup, daun thyme dan mustard.
- Kemudian, isikan inti ini di dalam mangkuk yang tahan ketuhar.
- Untuk menutup bahagian atas, keluarkan dahulu doh 20 minit sebelum digunakan. Kemudian, uli doh tersebut dan canai doh sehingga ianya 1/8 inci tebal. Potong kulit pastri mengikut saiz bekas yang anda gunakan. Kelim bahagian tepi bekas dengan lebihan doh. Kemudian masukkan kedalam ketuhar untuk dibakar dengan kepanasan 190 Celsius, selama 45 minit atau sehingga kulitnya menjadi keemasan.
FEB2015 Resepi 7

KEYLIME PIE

A) lapisan 'base'

Bahan-bahan:
1 1/4 cawan (125gram) biskut digestive - dihancurkan
2 sudu besar (30gram) gula
5-6 sudu besar (70-85gram) mentega tanpa garam - dicairkan

Cara membuatnya:
- Satukan kesemua bahan- bahan ini. Gaul sebati. Kemudian tuangkan kedalam bekas/loyang dan tekankan bahan-bahan ini pada dasarnya dengan padat. Kemudian bakar pada suhu 170 Celsius selama 10 minit atau sehingga ianya masak atau 'set'. Keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan dahulu.

B) filling
3 cawan susu pekat
1/2 cawan krim masam (sour krim)
3/4 cawan jus limau nipis
1 sudu besar parutan kulit limau nipis

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada 175 Celsius.
- Masukkan kesemua bahan-bahan ini kedalam bekas dan gaul sehingga sebati. Kemudian tuangkan kedalam bekas yang telah dilapiskan dengan biskut tadi.
- Masukkan kedalam ketuhar dan bakar sehingga dipermukaannya mengeluarkan seperti buih-buih kecil. Jangan bakar sehingga ianya menjadi keperangan. Keluarkan dan sejukkan sebelum dihidangkan.
- Anda boleh hidangkan bersama whipping krim/krim putar
FEB2015 Resepi 8

FRIED APPLE PIE

A) Kulit pastri
Bahan-bahan:
5 cawan tepung roti
2 1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
2 cawan mentega tanpa garam (suhu bilik)

Cara membuatnya:
- Satukan tepung dan garam dalam mangkuk yang besar. Gaul sebati, kemudian tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada permukaan mangkuk. Bentukkan doh kepada bentuk bulat dan biarkan ianya rehat selama 10 minit.
- Untuk mentega pula, lapikkan mentega dengan plastik di bahagian bawah dan atasnya. Kemudian, gelekkan dengan penggelek atau apa-apa objek supaya ianya menjadi leper. Setelah itu, masukkan dalam peti sejuk dan sejukkan selama 20 minit sehingga ianya mengeras.
- Setelah mentega itu mengeras, keluarkan mentega itu. Taburkan sedikit tepung untuk tujuan mencanai doh tadi. Canai doh menjadi bentuk segiempat yang besar dengan ketebalan 1/2 inci. Letakkan mentega di bahagian tengah doh. Lipat dua dan canai sekali lagi sehingga ianya 1/2 inci tebal. Pastikan mentega itu di dalam doh dan tidak keluar. Lipat sekali lagi dengan membuat 3 lipatan (seperti melipat surat rasmi) dan canai sekali lagi. Kemudian balutkan dengan plastik 'wrap' dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Ulang proses ini sebanyak 2 kali.

B) Intinya:
Bahan-bahan
2 biji epal Granny Smith ( epal hijau )
1 biji epal Pink Lady ( epal merah )
4 sudu besar gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu kecil serbuk buah pala
1/2 sudu kecil serbuk allspice
2 sudu besar mentega (salted butter)
Minyak untuk menggoreng

Cara membuantnya:
- Kupas kulit kesemua buah epal dan potong kiub. Masukkan kedalam periuk dan satukan dengan kesemua bahan yang lain. Masak dengan api yang sederhana sehingga buah epal menjadi lembut. Tutup api dan biarkan ianya sejuk seketika.
- Seperti biasa, canai dahulu doh tadi dan potong kulit pastri itu mengikut saiz yang anda suka. Letakkan 2 sudu besar inti tadi di bahagian sebelah pastri dan lipat. Kelimkan bahagian tepi dengan garfu.
- Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum menggoreng.
FEB2015 Resepi 9

CLASSIC APPLE PIE

Bahan-bahan:
A) Doh
2 1/2 cawan tepung serbaguna
4 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil garam halus
14 sudu besar mentega sejuk - dipotong kiub
1 biji telur- dipukul bersama 2 sudu air sejuk

B)Inti
2 sudu besar jus lemon
3 pound buah epal ( campuran epal hijau dan merah)
2/3 cawan gula perang
1/4 cawan mentega tanpa garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Sedikit serbuk buah pala
1 biji telur- dipukul

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar pada suhu 190 Celsius.
- Campurkan sekali tepung, gula dan garam di dalam mangkuk yang besar. Gaulkan. Masukkan butter dan dengan menggunakan hujung jari ramas butter dan tepung sehingga menjadi butiran halus seperti serbuk roti/biskut. Kemudian masukkan telur dan uli adunan sehingga ianya menjadi doh. Jika adunan sedikit kering, renjiskan sedikit air sejuk.
- Balut doh dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti ais selama 1jam sebelum menggunakannya.
- Untuk membuat intinya, kupas dan buang empulur epal (bahagian tengah epal). Potong empat. Kemudian gaulkan dengan jus lemon diikuti dengan gula. Gaul sebati.
- Kemudian panaskan mentega. Masukkan epal dan masak sehingga epal menjadi lembut. Masak dengan menggunakan api yang sederhana.
- Setelah epal menjadi lembut, tapiskan epal dan simpan air gula tadi. Masak kembali air gula tadi sehingga ianya menjadi pekat. Tutup api dan masukkan buah epal tadi dan juga serbuk kayu manis dan serbuk buah pala.
- Keluarkan doh. Bahagikan doh kepada dua. Canai sehingga bersaiz 11-12 inci lebar. Kemudian masukkan kembali doh ke dalam peti sejuk dan sejukkan selama 10 minit.
- Kemudian lapiskan bekas bersaiz 9 inci dengan salah satu keping doh yang telah dicanai tadi. Pastikan ianya juga menutupi di bahagian tepi bekas. Lebih kan sedikit supaya dapat bersambung dengan bahagian atas nanti. Isikan inti. Lebihkan di bahagian tengah (seperti menggunung sedikit). Sapukan sedikit telur dibahagian tepi (atasnya). Kemudian tutup bahagian atasnya dengan doh yang satu lagi dan tekan bahagian tepi dengan kemas. Buatkan sedikit lubang di bahagian atasnya dengan menggunakan garfu. Kemudian sejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum dibakar. 
FEB2015 Resepi 10

CHICKEN FILO CRUST PIE

Bahan-bahan:
1/2 labu bawang besar (yellow onion) di cincang kasar
8-10 baby carrot- di cincang (1/2 cawan)
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 cawan kacang pis
6 oz fillet ayam
1 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung
1 1/4 cawan susu cup
1 sudu kecil chicken broth concentrate atau 1/2 kiub chicken stock
1/4 sudu kecil daun thyme
1/4 sudu kecil daun tarragon
Garam dan serbuk lada hitam
6 keping filo sheet/dough
Sedikit mentega cair untuk tujuan menyapu pada setiap filo sheet

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar sehingga 190 Celsius. Tumis bawang putih, bawang dan baby carrot. Tumis sehingga baby carrot menjadi empuk dan kemudian dimasukkan kacang pis dan daging ayam. Perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam. Tumis bahan-bahan ini sehingga daging ayam masak. Kemudian ketepikan.
- Untuk sosnya pula, panaskan mentega dan masukkan tepung. Kacau sebati sehingga menjadi seperti pes. Kemudian perlahan masukkan susu sedikit demi sedikit sambil mengacaunya. Kemudian masukkan stok ayam, daun thyme, daun taragon, garam dan lada hitam. Masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Kemudian masukkan bahan- bahan yang telah dimasak tadi dan kacau seketika, tutup api.
- Lapiskan bekas (8 inci) dengan satu keping filo sheet dan sapukan mentega diatasnya. Biarkan lebihannya terkeluar daripada bekas. Kemudian ulang sehingga habis. Tuangkan intinya keatas filo sheet. Kemudian tarik kesemua lebihan filo sheet tadi ke bahagian tengah bekas dan sapukan sedikit mentega di atasnya. Bakar pai selama 30-35 minit ada suhu 190 Celsius sehingga kulit pastri menjadi kuning keemasan.
FEB2015 Resepi 11

MUSHROOM AND CHICKEN MINI PIE

Bahan-bahan:
6 keping filo pastri
50 gram mentega - dicairkan minyak sayuran
6 keping fillet dada ayam- dipotong kepada 2cm panjang 200g cendawan butang- dibelah dua
2 batang leeks- di ambil bahagian putihnya sahaja dan di hiris kasar 2 sudu kecil mustard teaspoons 1/2 cawan (125ml) sour cream/krim masam
1 sudu besar jus lemon 1 sudu besar daun tarragon - di cincang kasar.
Garam dan lada hitam

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada 200 Celsius. Potong filo pastri kepada dua. Kemudian potong pula kepada tiga bahagian untuk mendapatkan saiz empat sama. Kemudian sapu mentega yang telah dicairkan ke atas setiap keping filo pastri. Dengan menggunakan loyang tart atau untuk membuat kek cawan. Lapiskan setiap lubang dengan 4 keping filo pastri yang telah di sapu dengan mentega. Kemudian bakar sehingga filo pastri menjadi kuning keemasan.
- Sementara itu panaskan sedikit minyak. Masukkan daging ayam dan goreng sehingga ianya masak keperangan. Asingkan. Gunakan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak dan tumis daun leek dan juga cendawan. Tumis sehingga daun leek layu dan selepas itu masukkan ayam yang telah digorengkan tadi, mustard, krim masam dan jus lemon. Masak sehingga ayam tadi masak sempurna dan kuah menjadi pekat. Kemudia, masukkan daun tarragon dan gaul sebati.
- Isikan inti ini di dalam setiap 'casing' filo pastri tadi.
FEB2015 Resepi 12

SEAFOOD PIE

Bahan-bahan:
100g ikan daging putih- dibuang tulang
100g udang - dibuang kulit dan kepala
200g kepingan ikan salmon - dibuang kulit dan tulang
450ml susu
750g kentang - dikupas kulit dan di potong kiub
100g mentega tanpa garam
2 sudu besar (40g) tepung
150g kacang pis
1 sudu besar daun sup yang dihiris nipis
3 biji telur rebus- di potong empat atau lebih
1/2 biji lemon - di ambil jusnya
50g cheddar cheese- di parut

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada 170 Celsius.
- Masukkan ikan ke dalam bekas tahan ketuhar. Masukkan 400ml susu, garam dan lada hitam. Tutup bekas dengan kertas timah dan masak di dalam ketuhar selama 15 minit atau sehingga ikan masak. Keluarkan ikan, simpan susu. Apabila ikan sedikit sejuk, pecah-pecahkan isi ikan supaya senang hendak dimakan nanti.
- Rebus kentang dengan sedikit garam. Rebus sehingga empuk. Kemudian tapis kentang. - Panaskan separuh mentega dan masukkan tepung. Kacau sehingga sebati dan masak lebih kurang 2-3 minit. Kemudian masukkan susu perlahan,kacau dan masak sehingga ianya menjadi pekat. Masukkan ikan, udang, kacang pis, telur rebus, jus lemon, garam dan lada hitam.
- Sementara itu, lenyek kentang bersama 50ml susu dan juga separuh mentega yang tinggal. Lenyek dan kacau sehingga sebati. Masukkan inti yang telah dimasak kedalam bekas yang bersaiz 1 liter dalamnya. Kemudian, tutup bahagian atas dengan kentang yang telah dilenyekkan tadi. Akhir sekali tabur cheese yang telah diparut.
- Masukkan kedalam ketuhar dan bakar sehingga permukaan pai menjadi kuning keemasan.
FEB2015 Resepi 13

STRAWBERRY PIE

Bahan-bahan:

A) Doh
2 1/2 cawan tepung serbaguna
4 sudu kecil gulateaspoons
1/4 sudu kecil garam halus
14 sudu besar mentega sejuk - dipotong kiub
1 biji telur- dipukul bersama 2 sudu air sejuk

B)Inti
1 cawan gula putih cup 1/3 cawan tepung serbaguna 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis 4 cawan buah strawberi
2 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung jagung

Cara membuatnya:

A) Doh
- Campurkan sekali tepung, gula dan garam di dalam mangkuk yang besar. Gaulkan. Masukkan butter dan dengan menggunakan hujung jari ramas butter dan tepung sehingga menjadi butiran halus seperti serbuk roti/biskut. Kemudian masukkan telur dan uli adunan sehingga ianya menjadi doh. Jika adunan sedikit kering, renjiskan sedikit air sejuk.
- Balut doh dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti ais selama 1jam sebelum menggunakannya.
- Keluarkan doh. Bahagikan doh kepada dua. Canai sehingga bersaiz 11-12 inci lebar. Kemudian masukkan kembali doh ke dalam peti sejuk dan sejukkan selama 10 minit.

B)Intinya
- Panaskan ketuhar kepada suhu 200 Celsius. - Lapiskan di bahagian dasar bekas pai dengan kulit pastri yang telah dicanai.
- Dalam satu mangkuk yang berasingan, satukan buah strawberi, gula, tepung, tepung jagung dan serbuk kayu manis. Gaul sebati. Kemudian letakkan mentega (sedikit-sedikit) di atas buah strawberi dengan sama rata (bukan setempat sahaja). Selepas itu, tutup bahagian atas pai dengan lagi satu kulit pastri. Kelim kemas bahagian tepi dan cucuk sedikit di bahagian atas.
- Bakar selama 35-45 minit atau sehingga kulit pai masak keperangan.
FEB2015 Resepi 14

PEACH PIE

Bahan-bahan:

A) Pastri
2 1/2 cawan tepung serbaguna
4 sudu kecil gulateaspoons
1/4 sudu kecil garam halus
14 sudu besar mentega sejuk - dipotong kiub
1 biji telur- dipukul bersama 2 sudu air sejuk

B) Filling
6 cawan buah pic - dibuang kulit dan di hiris sederhana nipis
1/3 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan gula
Sedikit serbuk kayu manis
2 sudu besar mentega

Cara membuantnya:

A) Kulit pastri:
- Campurkan sekali tepung, gula dan garam di dalam mangkuk yang besar. Gaulkan. Masukkan butter dan dengan menggunakan hujung jari ramas butter dan tepung sehingga menjadi butiran halus seperti serbuk roti/biskut. Kemudian masukkan telur dan uli adunan sehingga ianya menjadi doh. Jika adunan sedikit kering, renjiskan sedikit air sejuk.
- Balut doh dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti ais selama 1jam sebelum menggunakannya.
- Keluarkan doh. Bahagikan doh kepada dua. Canai sehingga bersaiz 11-12 inci lebar. Kemudian masukkan kembali doh ke dalam peti sejuk dan sejukkan selama 10 minit.

B)Intinya
- Panaskan ketuhar kepada suhu 200 Celsius. - Lapiskan di bahagian dasar bekas pai dengan kulit pastri yang telah dicanai.
- Dalam satu mangkuk yang berasingan, satukan buah pic, gula, tepung dan serbuk kayu manis. Gaul sebati. Kemudian letakkan mentega (sedikit-sedikit) di atas buah pic dengan sama rata (bukan setempat sahaja). Selepas itu, tutup bahagian atas pai dengan lagi satu kulit pastri. Kelim kemas bahagian tepi dan cucuk sedikit di bahagian atas.
- Bakar selama 15 minit dengan kepanasan 200 Celsius kemudian turunkan suhu kepada 170 Celsius dan masak sehingga kulit pai masak keperangan.
FEB2015 Resepi 15

CHOCOLATE PEANUT BUTTER PIE

Bahan-bahan:

A) 'Base'
2 cawan cups Oreo cookie crumbs
5 sudu besar mentega tanpa garam- dicairkan terlebih dahulu

B) Inti
1 cawan cream cheese
2/3 cawan peanut butter
4 sudu besar gula
3/4 cawan whipping cream

C) Topping:
2 sudu besar gula
2 sudu besar mentega - di potong kiub
2 oz semisweet chocolate- di potong
1/2 cawan whipping cream

D) Garnish
Kacang- di hancurkan sedikit
chocolate curls

Cara membuatnya:

A) 'Base'
- Untuk membuat bahagian dasarnya, sapukan mentega dalam loyang/bekas dan lapikkan dengan kertas minyak. Masukkan biskut yang dihancurkan di dalam mangkuk. Tuang mentega yang telah dicairkan dan gaul sebati. Kemudian, biskut ini dituangkan dalam bekas/loyang cheesecake dan jadikan ianya sebagai dasar/base untuk pai ini. Tekan-tekan biskut ini sehingga ianya betul-betul padat. Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama satu jam.

B) Inti
- Dengan menggunakan mixer, pukul krim cheese, peanut butter dan gula sehingga sebati.
- Dalam bekas yang berasingan, pukul whipping krim sehingga kembang (soft peak). Kemudian, campurkan whipping krim ini kedalam adunan krim cheese dengan menggunakan teknik 'folding'. Gaul sehingga sebati dan setelah itu tuangkan ke atas 'base' oreo tadi.

C) Topping
- Satukan gula dan 1/2 cawan krim dan masak di dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih dan kacau supaya gula melarut. Kemudian perlahankan api dan biarkan ianya mereneh selama 5-6 minit sehingga ianya menjadi sedikit pekat dan bertukar warna menjadi sedikit kuning.
- Tutup api, masukkan mentega dan coklat. Kacau sehingga coklat cair dan menjadi sebati dengan krim tadi. Biarkan ianya sejuk seketika sebelum dituangkan keatas adunan krim cheese tadi. Setelah dituang, sejukkan sebelum dihidang.
- Untuk hiasan, taburkan kacang dan parutan coklat diatasnya.
FEB2015 Resepi 16

CHOCOLATE CREAM PIE

Bahan-bahan:
A) 'Base'
28 (1 1/2 cawan )Wafers - dihancurkan
1/3 cawan gula
4 sudu besar mentega (unsalted) - suhu bilik

B) Inti
2/3 cawan gula cup
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu kecil garam
4 biji telur kuning
3 cawan susu
5 oz bittersweet chocolate- dicincang
2 oz milk chocolate- dicincang
2 sudu besar mentega (unsalted)
1 sudu kecil esen vanilla

C) Topping
3/4 cawan heavy cream/whipping cream
1 sudu besar gula
1 oz bittersweet chocolate - diparut

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada suhu 180 Celsius.

A) 'Base'
- Campurkan wafer,gula dan mentega yang telah dicairkan dan gaul sehingga sebati. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas dan tekan padat adunan ini. Masukkan kedalam ketuhar dan bakar lebih kurang 10 minit. Keluarkan dan sejukkan terlebih dahulu.

B) Inti
- Satukan gula, tepung jagung dan garam di dalam periuk. Kacau sebati bahan-bahan ini .Di dalam bekas yang lain, satukan susu dan kuning telur, kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam periuk yang berisi gula secara perlahan-lahan, dan kacau adunan ini sehingga sebati. Kemudian, masak adunan ini diatas api yang perlahan. Sentiasa kacau sehingga ianya mula mendidih dan menjadi sedikit pekat. Setelah pekat, kecilkan api dan kacau lagi sehingga ianya betul-betul pekat. Ini bertujuan untuk mengelakkan adunan menjadi berketul-ketul. Kemudian tutup api dan masukkan coklat, mentega dan vanilla esen, kacau sebati. Selepas itu, tuangkan adunan ini kedalam mangkuk dan tutup mangkuk ini dengan plastik wrap supaya permukaan adunan ini tidak akan menjadi keras apabila disejukkan nanti. Masukkan dalam peti sejuk dan sejukkan selama 1-2 jam. Setelah sejuk, tuangkan adunan coklat ini ke atas 'base' tadi. Tutup permukaan pai dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan selama 6 jam atau 1 hari.

C) Topping
- Pukul heavy cream/whipping cream sehingga menjadi sedikit tebal dan kembang (thick and fluffy). Masukkan gula dan pukul lagi sehingga mendapat 'soft peak'. Kemuadian sapukan krim ini di atas pai tadi dan kemudian taburkan di atasnya parutan coklat.
FEB2015 Resepi 17

STEAK PIE

Bahan-bahan:
A) Pastri
75 gram mentega
110 gram tepung
Garam
Sedikit air sejuk

B) Inti
900 gram readymade steak- dipotong kiub
25 gram tepung
100 gram mentega
2 labu bawang besar - dicincang kasar
2 ulas bawang putih - dicincang kasar
2 batang lobak merah- di cicang kasar
150 gram cendawan butang
2 tangkai thyme
500ml stok daging lembu/ 2 kiub stok daging lembu + 500ml air
Garam dan serbuk lada hitam
1 biji telur - dipukul.

Cara membuatnya:

A) Pastri
- Untuk membuat kulit pastri ini, mentega haruslah keras dan sejuk. Oleh itu, letak mentega yang telah ditimbang di dalam bahagian sejuk beku selama 45 minit.
- Kemudian, ayak tepung dan juga garam di dalam mangkuk yang besar. Keluarkan mentega dan parut mentega di tengah-tengah tepung. 
- Kemudian, ambil pisau 'palette' dan mula mengagihkan mentega itu keseluruh bahagian tepung yang lain. Jangan guna tangan anda kerana ia akan membuatkan mentega cair. Gaulkan mentega dan tepung dengan pisau 'palette' dengan sebati. Selepas itu, campurkan satu sudu besar air sejuk dan gaulkan sebati dengan menggunakan pisau 'palette' juga. Campurkan lagi 1-2 sudu besar air sejuk dan gaulkan lagi sehingga sebati. Akhir sekali, apabila ianya telah betul-betul sebati anda boleh menggunakan tangan untuk menguli.
- Untuk mengetahui doh itu sempurna, tiada tepung atau mentega yang berterabur atau tertinggal dipermukaan mangkuk. 
- Balut doh dengan plastik wrap dan sejukkan dahulu selama 30 minit. 

B) Inti:
- Panaskan ketuhar kepada suhu 190 Celsius.
- Tuangkan tepung ke dalam mangkuk. Campurkan sedikit garam dan lada hitam, gaul sebati. Masukkan daging dan salutkan daging dengan tepung ini.
- Panaskan kuali dan masukkan separuh mentega. Masukkan daging dan masak daging itu sehingga keperangan. Kemudian masukkan sayur-sayuran, herbs dan stok daging. Biarkan ianya mereneh dan tutup periuk dengan penutup dan biarkan ianya mereneh selama satu jam. Anda boleh menambah air jika perlu.
- Setelah daging empuk dan kuah menjadi sedikit kering, masukkan lebihan mentega dan gaulkan. Tutup api dan tuangkan kedalam bekas tahan ketuhar.
- Keluarkan doh tadi dan canai mengikut saiz bekas yang digunakan. Sapukan telur dibahagian tepi bekas supaya kulit pastri akan melekat. Letak kulit pastri dibahagian atasnya dan tekan kulit pastri di bahagian tepi. Potong lebihan kulit pastri. Sapukan telur di permukaan kulit pastri.
- Bakar selama 20-30 minit atau sehingga kulit pastri menjadi kuning keemasan.
FEB2015 Resepi 18

LEMON PIE

Bahan-bahan:
14 keping biskut digestive- dipatahkan
1/4 cawan gula
6 sudu besar mentega (unsalted) - dicairkan
28 oz susu pekat
1 1/4 cawan jus lemon
2 sudu besar parutan kulit lemon
8 biji telur kuning

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada suhu 160 Celsius.
- Hancurkan biskut terlebih dahulu. Kemudian masukkan biskut yang dihancurkan di dalam mangkuk. Tuang mentega yang telah dicairkan dan gaul sebati. Kemudian, biskut ini dituangkan dalam bekas/loyang cheesecake dan jadikan ianya sebagai dasar/base untuk pai ini. Tekan-tekan biskut ini sehingga ianya betul-betul padat. Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama satu jam.
- Satukan susu pekat dan jus lemon dan pukul sehingga sebati. Di dalam bekas yang berlainan, pukul telur bersama parutan kulit lemon sehingga warna kuning telur menjadi pudar (seakan-akan putih). Kemudian masukkan susu pekat tadi dan pukul sehingga adunan menjadi sebati dan 'smooth'. Tuangkan adunan keatas 'base' biskut yang telah disediakan tadi.
- Bakar pai selama 25 minit atau sehingga masak (seperti sedikit keras). Keluarkan pai dan sejukkan dahulu selama 1 jam dan kemudian balut pai dengan plastik wrap dan sejuk dibahagian sejuk beku selama 6 jam.
FEB2015 Resepi 19

VEGETABLE POT PIE

Bahan-bahan:

A) Pastri
200 gram tepung almond
3 sudu besar minyak zaitun (guna extra virgin olive oil)- diletakkan didalam mangkuk dan disejuk bekukan.
Garam
1 - 2 sudu besar air sejuk
Baking paper

B) Filling
2 batang lobak merah- dipotong dadu
Setengah biji labu kuning/labu panjang (butternut squash) - dipotong dadu
1 batang leek- di hiris nipis
1 batang celery - di hiris nipis
2 ulas bawang putih - diketuk
1 cawan kacang pis
¼ - ½ kobis bunga- dipotong kecil
5-6 cendawan butang - dihiris nipis
2 keping daun bay
Minyak zaitun (extra virgin olive oil)
1 labu bawang besar
½ sudu kecil daun sage
½ sudu kecil daun sup
½ sudu kecil daun rosemary
½ sudu kecil daun thyme
3 cawan air
Garam
Serbuk lada hitam

Cara membuatnya:

A) Pastri
- Keluarkan minyak daripada peti sejuk. Rendamkan mangkuk dalam air panas untuk mengeluarkan minyak yang beku itu.
- Masukkan tepung,garam dan minyak dalam mesin pengisar makanan dan kisar sehingga minyak zaitun pecah dan sebati dengan tepung. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh yang sempurna. Balut doh dengan plastic wrap dan sejukkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu. 

B) Inti
- Panaskan satu sudu besar minyak zaitun dan masukkan bawang. Tumis bawang sehingga lembut. Tutup api dan ketepikan.
- Panaskan satu sudu besar minyak zaitun dalam kuali yang berasingan. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan daun sage, daun sup, daun rosemary,daun thyme, air, garam dan serbuk lada hitam. Biarkan ianya mereneh seketika. Selepas itu, masukkan butternut squash, lobak merah, kobis, leeks,cendawan,celery dan daun bay. Biarkan ianya mereneh dan tutup periuk dengan penutup periuk. Biarkan ianya masak lebih kurang 10 hingga 15 minit atau sehingga sayur- sayuran menjadi empuk.
- Kemudian tapis sayur-sayuran itu dan simpan kuahnya. Ambil sedikit sayur-sayuran ini (dalam 1 senduk) dan kisar bersama kuahnya tadi. Kisar sampai halus (dijadikan sos)
- Masukkan sayur-sayuran yang telah ditapis tadi di dalam kuali dan tuangkan sos dan masak seketika. Masukkan kacang pis dan kacau sebati. Selepas itu, tuangkan inti ini kedalam bekas untuk dibakar.
- Keluarkan doh dan canai mengikut saiz bekas. Letak kulit pastri diatas permukaannya dan kelimkan bahagian tepi dengan kemas. Buatkan slit/ lubang dibahagian tengah supaya wap dapat keluar semasa dimasak.
- Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 45 minit atau sehingga kulit pastri masak perang keemasan.
FEB2015 Resepi 20

MINI CHICKEN PIE

Bahan-bahan:
100 gram ayam yang telah dipanggang (boleh dibeli readymade di pasaraya) - dicarik isinya
150 gram cheddar cheese- diparut
1-2 cili hijau - dihiris dadu
3-4 sudu besar sos cili Thai
1-2 sudu besar daun ketumbar
50 gram baking mix
50 ml susu
2 telur

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada suhu 190 Celsius.
- Satukan isi ayam, cheddar cheese, cili hijau, sos cili thai dan daun ketumbar. Gaul sebati bahan-bahan ini.
- Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan baking mix dengan telur dan susu. Pukul sehingga sebati. ( jika cair tambahkan lagi baking mix, dan sebaliknya)
- Sapukan minyak dalam loyang mufin. Tuangkan satu sudu besar bancuhan telur kedalamnya diikuti 2 sudu besar campuran daging ayam. Kemudian tuangkan satu sudu bancuhan adunan telur diatasnya pula. Ulang proses ini untuk setiap bekas.

Untuk resepi baking mix:

Bahan-bahan:
5 1⁄2 cawan tepung- diayak
1 sudu kecil baking soda
3 sudu besar baking powder
1 cawan lemak sayuran (vegetable shortening) - satukan kesemua bahan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan