Isnin, 8 Jun 2015

APPLE CINNAMON SWISS ROLL WITH CHOCOLATE DRESSING.

share dari link fb ~ Roszana Ismail added 6 new photos.
As I promise....Saturday creation. Simple sweet bun APPLE CINNAMON SWISS ROLL WITH CHOCOLATE DRESSING. Manis n yummeh...anak2 mesti suke. Resepi dan cara dibawah...mwahhhhh.
200gm tepung roti
50gm tepung gandum
1 sdb mentega
100ml susu full cream/susu cair atau air suam. Paling baik guna susu cair.
1 sdb susu tepung
1 sdt yis
1/2 sdt garam
1/2 sdt bread softener
1/2 sdt bread improver
2 sdb gula castor
Telur setengah biji
1. Susu atau air kena suam. Ambil 1 sdb dr gula castor larutkan dlm susu, kacau. Masukksn yis...biar berbuih dlm 5 ke 10 minit. Klu x berbuih maksudnya yis x elok (yis mati).
2. Satukan tepung, garam, bread softener, bread improver, susu tepung dan baki gula dlm bekas...kacau rata.
3. Buat lubang ditengah dan masukkan telur. Telur perlu dikocak sedikit dahulu. Masukkan telur.Bila masukkan telur...kacau sebati dgn spatula.
4. Boleh mula masukkan susu yg ada yis sedikit demi sedikit. Gaul rata. Skrg bole pakai tangan. Masukkan mentega...dan bole gaul semua smpi jadi doh.
5. Skrg bole mula hentam doh. Uli cara tenyeh doh dan lipat.cm cuci baju. Uli lebih kurang 15 minit smpi nmpk doh dah licin. Kalau susah nak uli sbb melekat..bole tabur tepung sikit2 dan sapu tangan dgn mentega.
6. Letak doh dlm tupperwear besar. ..tutup dgn kain basah atau plastic. Biar doh rehat 1 jam. Klu bole letak ditempat yg panas sbb doh perlukan haba utk naik cantik berkali ganda
7. Cukup sejam..buka plastic yg tutup doh...tumbuk2 doh utk keluarkan angin. Sapu tangsn dgn mentega sikit. ..uli semula doh dlm 2 minit.
8. Skrg bole mula buat roti apple cinnamon seperti dlm picha.
9. Jgn lupa sapu mentega pada tray yg letak roti yg da dibentuk. Skrg biarkan roti ni dlm 40 minit ke sejam utk dia mengembang lagi.
10. Panaskan oven 200c selama 20 minit. Sapu permukaan roti dg baki telur campur sedikit susu full cream atau susu cair.
11.Bole bakar roti utk 20 minit api atas bawah...lepas 10 minit pusingkan tray utk dptkan colour atas roti yg sama.
12. Bila roti kuar oven sapu butter kt atas roti utk dptkan shinning. Parut coklat masakan atas roti.
Apple filling:
3 sdb gula perang
1 sdb mentega
1/2 biji or satu biji apple hijau
1/2 sdt cinnamon powder
Cairkan mentega atas api sederhana. Masukkan apple...biar masak dlm 5 minit. Masukkan gula perang dan cinnamon powder. Kacau sebati dan sejukkan utk dimasukkan dlm roti.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan