Rabu, 3 Jun 2015

Roti pelbagai bentuk

 share dari link fb ~ Roszana Ismail added 5 new photos.
Saya post disini satu kali lagi resepi roti saya. Jgn keliru...utk resepi ni boleh buat semua jenis roti...pelbagai kan. Sila share klu tak nak resepi hilang sbb saya tak dapat nk balas msg uolls minta resepi setiap bun. Resepi yg sama...buat mcm2 jenis roti. Cara buat roti apa bole google ya. Selamat meroti. .

smile emoticon
380gm tepung roti
120gm tepung gandum
2 sdb mentega
200ml susu full cream/susu cair atau air suam. Paling baik guna susu cair.
2 sdt yis
2 sdb susu tepung
1 sdt garam
1 sdt bread softener
1 sdt bread improver
4 sdb gula castor
Telur sebiji
1. Susu atau air kena suam. Ambil 1 sdb dr gula castor larutkan dlm susu, kacau. Masukksn yis...biar berbuih dlm 5 ke 10 minit. Klu x berbuih maksudnya yis x elok (yis mati).
2. Satukan tepung, garam, bread softener, bread improver, susu tepung dan baki gula dlm bekas...kacau rata.
3. Buat lubang ditengah dan masukkan telur. Telur perlu dikocak sedikit dahulu. Masukkan 3/4 dr telur. ..lebihnya utk disapu pada permukaan roti nanti. Bila masukkan telur...kacau sebati dgn spatula.
4. Boleh mula masukkan susu yg ada yis sedikit demi sedikit. Gaul rata. Skrg bole pakai tangan. Masukkan mentega...dan bole gaul semua smpi jadi doh.
5. Skrg bole mula hentam doh. Uli cara tenyeh doh dan lipat.cm cuci baju. Uli lebih kurang 15 minit smpi nmpk doh dah licin. Kalau susah nak uli sbb melekat..bole tabur tepung sikit2 dan sapu tangan dgn mentega.
6. Letak doh dlm tupperwear besar. ..tutup dgn kain basah atau plastic. Biar doh rehat 1 jam. Klu bole letak ditempat yg panas sbb doh perlukan haba utk naik cantik berkali ganda
7. Cukup sejam..buka plastic yg tutup doh...tumbuk2 doh utk keluarkan angin. Sapu tangan dgn mentega sikit. ..uli semula doh dlm 2 minit.
8. Skrg bole mula buat roti apa yg kite nk. Klu roti kari ayam. ..bulatkan doh...masuk inti..bulatkan semula. (Cara2 nk buat roti mcm2 jenis bole cuba check kat Google. Nk terangkan susah)
8. Jgn lupa sapu mentega pada tray yg letak roti yg da dibentuk. Skrg biarkan roti ni dlm 40 minit ke sejam utk dia mengembang lagi.
9. Panaskan oven 200c selama 20 minit. Sapu permukaan roti dg baki telur campur sedikit susu full cream atau susu cair.
10. Bole bakar roti utk 20 minit api atas bawah...lepas 10 minit pusingkan tray utk dptkan colour atas roti yg sama.
11. Bila roti kuar oven sapu butter kt atas roti utk dptkan shinning.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan