Khamis, 4 Jun 2015

-- Ciri Ciri Orang Yang Diberikan Kepahaman Agama --

Al-Habib Ali AlJufri :


-- Ciri Ciri Orang Yang Diberikan Kepahaman Agama --


Akan bertambah kasih sayang seseorang apabila kefahaman agamanya meluas tidak menyempitkan kepada apa yang dia belajar saja, saya telah banyak kali mendengar mutiara ilmu dari ulama dan saya ingin perkara ini diambil perhatian oleh para pemuda dan pemudi .
.
Yakni barangsiapa yang meluas ilmunya maka akan semakin berkurang mengingkarannya terhadap perbuatan orang lain, bermakna apabila ilmu seseorang bertambah maka akan berkurang penafikannya terhadap lawannya, kerana apabila ilmu sempit maka apabila seseorang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ilmu kamu, kamu akan menafikannya dan kamu akan katakan "ini bertentangan dengan sunnah" kerana kamu hanya pelajari itu sahaja sunnah atau kamu hanya pelajari satu hadis atau satu riwayat mengenainya
.
.
Jika kamu mempelajari lebih luas lagi, kamu akan perhatikan yang si fulan ini ada dalilnya dan si fulan itu ada dalilnya
Dengan itu kamu akan saksikan bahawa perselisihan ini satu nikmat dari Allah kepada ummat ini"

Wallahu'alam

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan