Ahad, 14 Jun 2015

Tausiyah ~ Habib Ali Zaenal Abidin bin Alwi Al Kaff ( 12.6.2015 ) Universiti Sains Islam Malaysia

share dari link fb ~ Halim Ghani

Habib Ali Zaenal Abidin bin Alwi Al Kaff 
( 12.6.2015 ) Universiti Sains Islam Malaysia

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــي

📌 Kamu menuntut ilmu lagi hebat daripada orang yang berzikir.

📌 Beruntung orang yang menuntut ilmu, malaikat sentiasa mendoakan.

📌 Allah inginkan kebaikan baginya, Allah akan permudahkan urusannya.

📌 Ramadhan bermaksud yang panas yang sangat-sangat. Ia menghapuskan dosa.

📌 Rasulullah saw adalah guru terbaik, murid terbaik, pemimpin yang terbaik, peniaga yang terbaik semuanya ia hebat. Rasulullah adalah insan yang paling hebat dan terbaik. Ia paling hebat dibulan Ramadhan. 

📌 Jika menjadi seorang ayah yang baik, contohilah Rasulullah saw.

📌 Rasulullah perbanyakkan sedekah dibulan ramadhan. Ia paling hebat bersedekah.

📌 Pahala yang dibulan ramadhan , sesorang yang melakukan pahala sunnat maka akan mendapatkan pahala wajib.

📌 Tidur dibulan ramadhan dijadikan ibadah.

📌 Pertanyaan tentang ziarah kubur. Rasulullah bersabda : Aku memberi kalian menziarah kubur kerana ia membolehkan mengingatkan kalian tentang kematian.

📌 Untuk menjauhkan daripada "RIAK" , kita sentiasa merasakan diri kita ini hina. Kita ini adalah makhluk yang kecil. Diperhatikan oleh Allah swt , tiada apa yang kita nak dibangga-banggakan.

📌 Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yang melihat aku didalam mimpi maka dia telah melihat aku, kerana syaitan tidak boleh menjelma menjadi aku.

📌 Keistimewaan wanita apabila ia buat 3 perkara ini, maka pilihlah ia pintu syurga yang ia kehendaki.

1. Solat 5 waktu.
2. Puasa dibulan ramadhan.
3. Taat pada suami.

✏️ Maafkan ana jika kekurangan ilmu yang kongsikan. Mana yang dapat ana kongsikan. In sha Allah. Moga ia manfaat.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan