Isnin, 8 Jun 2015

Honey Spiced Roasted Chicken. Ayam Panggang Madu Berempah. Bon Appetit.

share dari link fb ~c Joha Hassan 

Honey Spiced Roasted Chicken. Ayam Panggang Madu Berempah. Bon Appetit.

Bahan2nya
1 ekor Ayam Segar - dibersihkan dan digosokan dengan garam secukup 
Serbuk Jintan Manis
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Ketumbar
Serbuk Kayu Manis
Herba Rempah Duan 'Rosemary' (yang kering atau segar)
Herba Daun Thyme (yang segar kalau ada)
3 biji bawang putih di titik (sumbatkan ia dalam perut ayam
Gaulkan serbuk2 dan bahan2 di atas pada ayam dan peram dalam 1 jam
50ml madu
Minyak Zaitun untuk disapukan pada ayam

Cara2nya
Sesudah ayam nya diperam secukup nya. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan dulang pembakar. Letakan lapisan aluminium foil. Balutkan ayam nya dengan aluminium foil dan letakan atas dulang pembakar dan masukkan dalam oven dan panggang selama 30 minits.Sesudah panggang buka foil dan rejiskan madu dan sapu rata2 pada ayam nya. Panggang ayam di grill api atas selama 10 minit, buat sekali lagi sesudah ayam nya di balikkan supaya semua nya nampak di panggang rata. Tepikan air stok ayam & minyak zaitun yang di tapis dari dulang pembakar.

Di periok kecil buat sos cili nya dengan 3 sudu besar cili kisar, air dari stok & minyak zaitun (1 cawan), bawang putih yang di titik saja, gula dan garam secukup rasa. Perahan jus limau kasturi (3 biji) masak hingga cili nya mendidih. Sajikan bersama ayam nya. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan