Sabtu, 22 Mac 2014

[KALAU YANG MASIH SANGKA MAJLIS SELAWAT PERDANA]

share dari link fb ~Muhammad Za'im Mohamad Yusoff

[KALAU YANG MASIH SANGKA MAJLIS SELAWAT PERDANA]

Kalau yang masih sangka Majlis Selawat Perdana macam konsert tak hormat MH370, ketahuilah alhamdulillah tadi tersentap hati dengar Habib Syech & Habib Ali hafizahumallahuta'ala doakan dengan penuh merintih agar ditemukan semula pesawat secara khusus dan banyak kali dengan munajat yang dipanjat-panjat.

Kalau yang masih sangka Majlis Selawat Perdana tak jawab isu Syiah. Ketahuilah banyak bait qasidah memuji para sahabat dan ummahatul mukminah yang dikeji oleh Syiah telah dilantunkan tadi. Tambahan, Habib Ali hafizahullahuta'ala masih dengan istiqamahnya berselawat dengan versi :

"Rasulullah solla Allahu 'alaihi wa 'ala aalihi wa SOHBIHI wassalam"

Kata guru kami, Syeikh Abdul Hafez al-Tilmisani, itu selawat orang sunni. Kalimah sohbibi menunjukkan pengiktirafan kepada semua sahabat Rasulullah solla Allahu 'alaihi wa 'ala aalihi wa sohbihi wassalam.

Kalau yang masih sangka Majlis Selawat Perdana tak jawab isu anti hadis, liberalisme dengan segala isme apa-apalah, ketahuilah telah jemaah tadi berdoa secara khusus agar diperteguhkan ummah kita dengan Aqidah Ahlil Sunnah Wal Jama'ah dan memohon pertolongan Allahu Jalla wa 'Alaa agar terpelihara aqidah kita daripada sebarang fitnah terutama di akhir zaman.

Kalau yang masih sangka Majlis Selawat Perdana hanya sekadar selawat - itu salah. Ia adalah gabungan pelbagai majlis - antara majlis ukhwah, majlis jilsah bil 'ulama, majlis da'wah bil ma'ruf, kedapatan tausiyah berupa majlis ilmu dan pelbagai lagi.

Mudahan yang baik, terus dikelek.
Yang buruk, dijuih buang.

Allahumaa ameen.



blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan