Ahad, 23 Mac 2014

:: Pesanan Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri kepada gadis-gadis :: dan pesanan dari Ustaz Dr. Mohd. Izhar Ariff

share dari link fb ~Zonkuliah
:: Pesanan Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri kepada gadis-gadis ::

Berkata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri mengenai keadaan anak gadis pada hari ini:

"Bagaimanakah anak-anak gadis pada hari ini? Adakah wanita hari ini masih dalam sifat malu mereka atau mereka menanggalkan rasa malu mereka? Adakah idola mereka itu masih Saidatina Fatimah Az-Zahra, Saidatina Khadijah Al-Kubra dan Saidatina Aisyah Al-Ridha? Ataupun idola mereka si dia yang menanggalkan rasa malu dan agama?"

Wanita solehah itu dimuliakan Allah dengan ilmu, dan daripadanya lahir juga generasi yang berilmu. 

Dinukil Al-Habib Muhammad Abdullah Al-Aydrus:

"Wanita yang dimuliakan Allah itu bukan sahaja berilmu, bahkan mereka dapat melahirkan zuriat yang berilmu."

"Al'maratul solehah khairun mina dunya wa ma fiha."
(Wanita solehah itu lebih baik dari dunia dan isinya)


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan