Selasa, 11 Mac 2014

Kentang Keju (mudah)

share dari link fb ~ Buku Resepi
Kentang Keju (mudah)

Oleh:Noor Abdul Rahim
Like: Buku Resepi


bahan-bahan:
5 biji ubi kentang (jgn guna kentang yg cepat benyek tu tau)
1 tin cream of mushroom (halal)
1 1/4 cawan susu kotak penuh krim
1/4 sudu kecil serbuk bawang putih
lada hitam secukupnya
1 biji bawang besar size kecil - dihiris tipis
2 cawan keju cheddar atau keju campuran (cheddar & mozarella) - diparut

cara-cara:
1. Hiris ubi kentang setebal suku inci. Rebus selama 4 minit, kemudian masukkan bawang besar & rebus lagi seminit. Toskan.
2. Satukan cream of mushroom, susu, serbuk bawang putih & lada hitam. Panaskan hingga mendidih sedikit sambil gaul rata. Matikan api.
3. Masuk kan sedikit soup kedalam acuan pembakar, ratakan.
4. Susun kentang selapis.
5. Letak soup diatas kentang & ratakan.
6. Susun kentang selapis.
7. Tabur setengah keju keatas kentang kemudian tuangkan soup & ratakan.
8. Susun baris terakhir kentang kemudian tuangkan kesemua soup. Ratakan.
9. Bakar didalam oven yg terlebih dahulu telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit. Tak perlu tutup acuan pembakar.
10. Selepas 40 minit, keluarkan acuan dari oven, taburkan kesemua baki keju & masuk kan semula kedalam oven selama 10 minit atau hingga keju cair. Sedia untuk dihidangkan. Sesuai dijadikan appetizer

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan