Ahad, 16 Mac 2014

Resepi Chicken Omelete with Cheese (dlm 1 family (2dewasa 4 anak2)


bahan2 sayuran hijau ..tomato pun boleh taruk..apa2 la yang ada dlm peti rumah anda
yang ni dah siap digoreng
yang ni dr cik google..versi daging
telor dadar... still wet on top
ditekap untuk diletak di atas bekas ramekin..saya buat bekas kecik2 tuk anak2 saya ...kalau takde bekas ramekin..guna bekas besar boleh ang boleh dimasukkan dlm oven..tahan panas
yang ni yang dah siap diletak cheese ... telor dadar yang still wet on top tu diletakkan yang wet tu bahgian atas ye..
kat umah ni ada mozarella cheese je..kalau kat umah anda ada cheddar cheese dan mozarella boleh taruk ke2 duanya..
setelah dibakar pada suhu 170c selama 18 minit pada bekas ramekin..

Resepi Chicken Omelete with Cheese (dlm 1 family (2dewasa 4 anak2) 


500 gm isi ayam dipotong kecil (dadu)/daging lembu pun sedap jugak yang telah digaul dgn garam/perasa

2 biji bawang besar (sederhana)
cendawan butang dipotong kecil
sedikit halia diketuk (optional nak isi boleh tak isi pun boleh)
brocoli dipotong kecil
capsicum (lada benggala) hijau, merah, kuning kalau takde apa2 je lada yang ada dlm peti ais dirumah
lada hitam ditumbuk halus/ atau lada hitam berperisa cap aji shio
3 sudu olive oil

mozarella cheese/cheddar cheese yang diparut..atau yang slices tu pun boleh mana2 yang ada dlm peti rumah anda

5 biji telor yang dipukul sebati
anda boleh guna bekas ramekin..atau casserole

caranya
*isi ayam/daging dipotong keci dan digaul dgn garam/perasa
*bawang besar juga dipotong dadu serta cendawan , brocoli capsicum atau 
ada sayuran lain nak masuk ..masukkan saja
*panaskan kuali masukkan 3 sudu besar olive oil... goreng ayam/daging dan halia yang diketuk sehingga agak kering..kemudian masukkan bawang, gaul sehingga kering..kemudian masukkan sayuran lain..lada hitam goreng sebentar sahaja..ketepikan.. dan masukkan bahan ini kedlm bekas ramekin atau casserole anda..masukkan 3/4 penuh (halia dikeluarkan terlebih dahulu ye nanti termakan halia dah hilang selera)

kemudian panaskan pan bulat yang leper...isi sedikit minyak dlm 1 sudu..masukkan telor yang telah dipukul tadi dgn sedikit garam..masak seketika sahaja...biar bahagian atas tu separuh masak...tutup api

letakkan telor dadar tersebut atas bekas ramekin (potong ikut kebesaran bekas senang kata tekap bekas ramekin tu..kalau guna casserole topping kan ikut kebesaran bekas tersebut lihat gambar

kemudian tarukla mozarella cheese..kalau ada cheddar cheese pun boleh taruk bersama... biar menutupi permukaan bekas

bakar dlm oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 170cm selama 15-25 minit sehingga cheese mencair dan kekuningan..siap boleh dihidang semasa panas ..nak makan dengan roti pun sedap atau makan bersama sos cili


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan