Jumaat, 28 Mac 2014

Majlis Taalim Darul Murtadza bimbingan Habib Ali Al Hamid (Dulu dan Sekarang)

share dari link fb ~Mat Taiko

Suatu ketika Dahulu, Majlis Taalim Darul Murtadza bimbingan Habib Ali Al Hamid lenggang, dipenuhi Kaum Tua, sehinggakan, terpaksa menyuruh orang rapat kedepan kerana terlalu jauh jemaah duduk dibelakang.


tapi bila Kaum Muda sudah Ramai, minat hadir Majlis Ilmu, Berpakaian sunnah, mencintai Allah dan Rasul, bahkan sehingga melimpah-limpah sampai keluar Masjid, ada saja hati yang hassad dengki mengatakan Para Habib tidak berjuang. Tidak ambil kisah mengenai Ummat, tidak rasa kesusahan berdakwah, hanya tahu berqasidah dan sebagainya.


Teguran itu mesti kena pada tempatnya, bila sudah tidak kena pada tempatnya maka ia akan parah, dalam menyingkapi perkara " amar maaruf nahi mungkar" boleh saja dalam pelbagai cara dalam ingin menangani perkara mungkar yang penting caranya benar dan tujuan mesti benar, memandang cara sendiri yang paling baik dan yang lain tidak, adalah satu sikap yang amat sempit. Koreksi diri masing-masing, sejauh mana jasa kita kepada Agama sebelum hendak mencari salah orang lain, mengata orang lain Tidak berjuang. Macam diri itu lebih bagus perjuangnya, dengan kata orang lain tak berjuang..

Dahulu bertapa susahnya kehidupan ketika Habib Ali masih muda bersama pelajar lainnya di Hadramaut, Mereka belajar dengan hadapi krisis perang, krisis cuaca sejuk melampau, panas berpanjangan, ketiadaan wang ringgit dan sebagainya. 

Di Majlis taalim yang kecil inilah banyak pengajaran rintangan yang dihadapi Habib, terkadang sedang mengajar, electric terputus, dengan ganguan jalan raya, bermula dengan kelas secara kecilan, namun dengan berkat kesusahan, rintangan, cabaran dan ujian yang dihadapinya lalu, Allah muliakan majlisnya sehingga hari ini dapat membentuk anak muda yang mengikuti sunnah Rasulullah, yang mencintai Rasulullah.
Bahkan seluruh Ulama' luar dan Dalam Negara hadir ke Majlis Beliau, bertemu dengan orang awam, mendekati pemuda. Tak kan masih digelar " Tidak Berjuang Kot"

Dahulu hati kami gersang dengan Iman, gersang dengan kecintaan kepada Allah & Rasul, tapi setelah di didik oleh Habib Ali Zainal, dengan berkatnya, doanya, kasihnya, kami dapat mengenal Allah & Rasul.

Sepanjang kami Di Majlis ini,apa yang dapat kami perhatikan, pernah seorang yang tidak pernah solat, kini utamakan Solat Berjemaah, dari yang Kaki Disco, kaki arak berubah menjadi Tetamu Allah, dari yang kaki perempuan, kini bersama Wanita Solehah, dari yang mengilai Artis-artis, orang yang tidak pernah sujud kepada Allah, kita mengagungkan orang yang dimuliakan Allah. 

Semoga Allah menjernihkan hati hati kita dari terus bersangka buruk, menganggap diri kita yang terbaik orang lain tidak, merasakan diri itu PEJUANG, dan sebagainya. 

Maaf jika tersilap kata, dari Hamba yang dhaif ini.




blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan