Sabtu, 15 Mac 2014

Roti Manis --- nampak mcm MEXICAN BUN jer

share dari link fb ~Tahrunnisah Jali


fresh from oven....aroma kopi tu pun dah tak sabar nak ngap....

roti manis
250gm tpg roti
2 sudu gula halus
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh yis
1 sudu besar susu tepung
40gm marjerin/shortening/butter
1 biji telur
1 sudu susu pekat
70-100ml air

masukkan bahan2 kering..kemudian masukkan mentega/shotening/butter , telor dan air sedikit demi sedikit
uli sehingga doh elastik..dlm 20-30 minit
perap 40-60- minit..
keluarkan doh dan tumbuk doh..biarkan 10 minit..
kemudian bulatkan doh 60gm setiap satu masukkan inti mentega...biarkan kembang dlm 20 minit atau sekali ganda

topping
100gm mentega
80 gm gula aising
2 biji telor saiz c pukul dulu
2 sudu besar srbuk kopi sgera larut sikit dgn 2 sudu besar air
100gm tpung gandum
25gm tpg jagung

pukul mentega dan gula hingga kembang...masukkan telor serta serbuk kopi segera..mix bagi sebati..kemudian masukan tpg gandum dan tpg jagung..kacau biar sempurna. simpan dalam peti sejuk

inti roti

200 gm butter.
1/2 tsp esen vanila.
70 gm gula perang.

Cara-caranya:
Pukul bahan-bahan diatas hingga gebu dan masukkan kedalam plastik ising.Ikat kemas-kemas dan simpan dalam peti sejuk sementara nak siapkan bahan-bahan yang lain.

bila dah bentukkan doh 60gm yang diisi dengan inti roti tadi dan diperap 20 atau sekali ganda..keluarkan topping dr peti sejuk..kacau sekejap dan pipe kan topping dengan masukkan nya dlm piping bag..dan gunting ujungnya...buat bentuk putaran dari dlm ke luar
bakar 170 darjah dlm 17 minit atau sehingga perang..

tak silap saya amik resepi dr dpur citarasawan tapi buat separuh adunan sahaja...


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan