Isnin, 25 Mei 2015

4 TANDA AMARAN MENUNJUKKAN ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI MASALAH SALURAN DARAH TERSUMBAT.

 share dari link fb ~ GT Ong added 2 new photos.
4 TANDA AMARAN MENUNJUKKAN ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI MASALAH SALURAN DARAH TERSUMBAT.
Tubuh manusia secara semulajadinya mempunyai sistem tanda amaran terhadap penyakit yang serius. Tanda-tanda amaran berikut ada yang tidak begitu menonjol, tetapi bermakna temujanji dengan doktor anda perlu diatur dengan segera.
1. Rasa Kebas atau Sakit Pada Kaki.
Rasa kebas atau sakit pada betis sewaktu berjalan boleh menjadi tanda kepada saluran arteri tersumbat. Satu lagi ciri keadaan ini ialah rasa sakit dan kebas pada kaki menjadi berkurangan apabila anda meluruskan kaki di atas kerusi atau sofa untuk merehatkannya (Juga dikenali sebagai intermittent claudication).
2. Mati Pucuk.
Banyak kajian telah membuktikan bahawa mati pucuk di kalangan lelaki boleh menjadi petunjuk bahawa penyakit kardiovaskular akan menyerang. Jika anda gagal mencapai ereksi seperti biasa, sudah masanya anda mencari punca sebenarnya dan bukan menyalahkan mood dan memilih mencuba pil biru (Viagra).
3. Rambut Gugur.
Keguguran rambut kerap kali dikaitkan dengan proses penuaan, ia juga boleh bermaksud tahap kandungan lemak dalam darah (triglycerides) yang tinggi. Ia boleh menyebabkan pengaliran darah kurang sempurna dan tidak lancar, yang boleh menyebabkan masalah keguguran rambut yang teruk pada lelaki dan wanita.
4. Cuping Telinga Berkedut.
Cuping telinga berkedut bukanlah tanda yang pasti anda mempunyai saluran arteri tersumbat. Anda mungkin dilahirkan begitu. Walau bagaimanapun, bersama-sama dengan petunjuk lain seperti umur, berat badan dan jantina, kajian menunjukkan bahawa ia mempunyai kaitan dengan faktor risiko yang lebih tinggi untuk “coronary artery calcification,” istilah perubatan untuk saluran darah jantung tersumbat.
Memberi perhatian lebih kepada tanda-tanda ini dan berjumpa doktor anda dengan segera boleh membantu menyelamatkan nyawa anda, kerana saluran arteri yang tersumbat mempunyai kaitan langsung dengan penyakit jantung (kardiovaskular).
Berikut adalah senarai makanan yang boleh membantu mencegah saluran arteri daripada tersumbat. Jika anda mempunyai sejarah penyakit jantung dalam keluarga anda, makanan ini secara aktif boleh berfungsi untuk mencegah saluran arteri daripada tersumbat.
1. Omega-3.
Lemak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3, boleh menghalang pembekuan darah daripada terbentuk, menghalang kolesterol daripada rosak atau teroksida, mengurangkan keradangan, gangguan rentak jantung, mengurangkan paras trigliserida dan tekanan darah tinggi.
2. Bawang putih.
Bawang putih telah digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung sejak beratus-ratus tahun dahulu. Menurut kajian yang dijalankan oleh seorang saintis Jerman, iaitu Profesor Guautnter Siegel, menunjukkan serbuk bawang putih boleh mengurangkan pembentukan ‘nanoplaque’ (asas pembentukan plak) sehingga 40 peratus dan mengurangkan saiz ‘nanoplaque’ yang telah terbentuk sehingga 20 peratus .
3. Buah Anggur.
Anda mungkin pernah terdengar bahawa segelas wain merah adalah baik untuk jantung anda. Ini kerana flavonoid yang terdapat dalam kulit, batang dan biji buah anggur merah berfungsi untuk mencegah pengoksidaan LDL kolesterol (kolesterol tidak baik) yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding saluran arteri.
4. Teh.
Sepertimana buah anggur, teh juga kaya dengan flavanoids sihat. Walau bagaimanapun, teh hijau mempunyai flavanoid tertentu yang tiada pada buah anggur merah. Ia dipanggil catechin, yang berfungsi untuk melindungi sel-sel tubuh. Teh hijau, hitam atau oolong bertindak dalam beberapa cara, termasuk menyekat kolesterol pemakanan daripada diserap ke dalam aliran darah, mengawal paras gula darah dan melegakan radangan.
Sumber Rujukan;
[1] What is Peripheral Arterial Disease? National Heart, Lung, and Blood Institute. 
[2] A Systematic Review of the Association Between Erectile Dysfunction and Cardiovascular Disease. European Urology.
[3] A Comparative Study of Dyslipidaemia in Men and Women with Androgenic Alopecia.
[4] Abstract 19064: Association of Diagonal Earlobe Crease With Traditional Cardiovascular Risk Factors and Coronary Artery Calcification in the General Population: Heinz Nixdorf Recall Study. 
[5] Flavanols and Anthocyanins in Cardiovascular Health: A Review of Current Evidence. International Journal of Molecular Sciences.
[6] Cardiovascular diseases: oxidative damage and antioxidant protection. European Review for Medical and Pharmacological Sciences. 
[7] Spices and Herbs May Improve Cardiovascular Risk Factors. Nutrition Today. 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan