Rabu, 27 Mei 2015

NASI KHOSARI

 share dari link fb ~ Maamon Hj Mohamad added 2 new photos.
NASI KHOSARI
Bahan-bahan:
3 sudu makan minyak sapi
600 gm beras basmathi
400 gm kacang dhal (rebus empuk, kisar/hancurkan)
1.5 liter air
Bahan-bahan sos:
250 ml sos tomato
6 ulas bawang merah (hiris)
Sesdudu teh jintan manis
½ sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Bahan-bahan sampingan:
Bawang goreng
Daun parsli

Cara-cara menyiapkannya:
Panaskan minyak sapi, selepas itu masukkan beras basmathi goreng sebentar.
Kemudian masukkan kacang dhal dan air kacau rata, tutup periuk biarkan sehingga nasi masak, ketepikan.
Disisi lain gaul bahan-bahan sos, selepas itu biarkan di atas api sederhana sehingga pekat.
Akhir sekali, hidangkan dengan nasi yang dimasak tadi dan hias dengan bahan-bahan sampingan.
Siap untuk dinikmati.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan