Isnin, 25 Mei 2015

Dunia dan seisinya .

share dari link fb ~ Nurdina Kamalia

Dunia dan seisinya .

Dunia ini dikategorikan kepada dua bahagian. Yang pertama, Dunia ini cantik kerana dihias oleh Allah Swt kepada makhluknya. Baik kpd manusia, haiwan atau tumbuhan .

Dunia juga dihias cantik kpd manusia supaya mereka yg beriman sentiasa memuji akan kebesaran Allah Taala dan menjadikan dunia sebagai jambatan utk amalan akhirat mereka. Maka mereka itulah adalah manusia yg beruntung .

Yang kedua, Dunia ini nampak cantik kerana syaitan yg menghiasinya. Apa tujuannya? Adalah utk menarik manusia manusia yg cinta akan dunia, yg lalai dgn dunia utk lebih jauh drpd mengingati Allah سبحانه وتعالى , melihat kebesaran Allah, memuji Allah, mengingati akhirat .

Maka syaitanlah yg menghiasi dunia ini dimata manusia yg rugi itu supaya kelihatan semuanya indah. Maka mereka yg terpedaya dengannya, mereka tertipu dengan dunia yang sementara ini dan mereka adalah orang orang yg rugi .

Tertipu dengan dunia akan membawa kepada kejahatan yg lain seperti riak,ujub, takabbur, kesombongan dirinya dan cinta kepada sanjungan dan pujian .

Setiap sesuatu itu mempunyai punca dan ada yg berasal dari nafsu, berasal dari syaitan dan makhluk Allah ﷻ tetapi apabila seseorang menganalisa dengan mendalam lagi baru dia akan menjumpai bahawa punca dari segala itu bersumber dan bermuara dari satu asbab iaitu cinta kepada dunia ini .

Semoga kita tidak tertipu dengan dunia ini yang dihiasi dengan kecantikan yang penuh tipu daya .

Daripada Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan