Isnin, 25 Mei 2015

share dari link fb ~ GT Ong

Stres, Tekanan Darah Tinggi dan Minuman Perangsang Tenaga.

Elakkan minuman perangsang tenaga jika anda mahu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

Kajian yang dijalankan di Australia pada tahun 2008 mendapati Red Bull meningkatkan kepekatan darah. Menurut Dr. Scott Willoughby (ketua penyelidik Cardiovascular Research Center, Hospital Royal Adelaide, Australia) selepas sejam meminum setin Red Bull, kestabilan darah subjek kajian menjadi tidak normal dan menyerupai pesakit jantung.

Beliau memberi amaran bahawa jika anda sedang stress dan mempunyai penyakit darah tinggi, meminum Red Bull boleh menyebabkan kerosakan dan penyumbatan salur darah oleh darah beku. Ini amat merbahaya kepada orang yang cenderung untuk menghidap penyakit kardiovaskular. Risikonya semakin tinggi jika Red Bull bercampur dengan alkohol.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan