Khamis, 21 Mei 2015

Telur Masin guna telur ayam


 
share dari link fb ~ Bukan Sekadar Masakan 

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera buat semua
X lama lagi nk puasa kan..
👍😊
Kebiasaan nya setiap tahun lebih kurang 3 minggu sebelum puasa ros mula merendamtelur ayam dalam air garam utk dijadikan telur masin..
😊
X guna telur itik guna telur ayam sahaja, nama pun perantau kan, guna aja apa yang ade
😂
Setiap tahun alhamdulillah jadi telur masin ni, nnt boleh makan dengan asam pedas atau buat nasi kerabu atau buat lauk sahur 
😊
Nak resepi boleh lihat resepi ni yer ade link dekat blog ros tu..
Atau refer resepi di bawah 
😊
😊😊😊😊😊😊😊😊😊
Telur Masin Perantau ( telur ayam)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya 
10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh
3 senduk garam biasa ( lebih kurang 250gram ke 300gram gram) 
air secukupnya dalam ( 1.5Litre air)
( bila air garam tu sudah sejuk, boleh rasakan kemasinan airnya, kalau terlalu masin boleh tambah sedikit air)
bekas
balang kaca
Cara-Caranya
1. Telur di basuh bersih dan masa basuh telur disarankan baca lah selawat, lepas tu toskan, biarkan kering, nak lap dengan permukaan telur dengan kain bersih pun boleh. Kalau ade kerajinan lagi, lepas basuh telur tu boleh jemur kejap, hingga permukaan nye betul-betul kering.
2. Masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air, biarkan garam betul-betul larut, didihkan sebentar, tutup api dan biarkan air garam betul-betul sejuk.
3. susun telur di dalam balang kaca, dan curahkan air garam tadi, pastikan telur tenggelam dalam air garam ya. Labelkan penutup balang dgn tarikh telur masin direndam.
4. Tutup rapat balang kaca dan simpan selama 18 hari ke 21 hari, masa dah 18 hari tu, ambil satu dan cuba rebus, kalau dah jadi dan kuning telur telah jadi merah, boleh keluarkan semua telur dan simpan di dalam peti ais, bila nak makan rebus dan potong dua, selamat mencuba.
Tips tambahan:
Disarankan guna balang kaca ya, dan check telur masim seminggu sekali, takut ade telur yg retak, jika ade keluarkan terus, takut nnt air garam jd x elok.
😊
Salam dari jauh Ros
Jintanmanis com
Osaka Jepun 
😊
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan