Ahad, 17 Mei 2015

Penasihat Sultan Nazrin Shah

share dari link fb ~ Kami Sayang Sultan

Penasihat Sultan Nazrin Shah

Lelaki istimewa ini sering dilihat bersama-sama Sultan Nazrin Shah kemana-mana sahaja. Individu ini juga menjadi insan penting disebalik permasyhuran dan pertabalan Sultan Perak-35. 

Beliau yang dimaksudkan ialah Al-Alim Syaikh Dr Muhammad Afifi Al Akiti. 

Dr. Muhammad Afifi al-Akiti, MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM –

juga dikenali sebagai Sheikh Afifi – is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.

Biodata Beliau

-Nama: Muhammad Afifi Al-Akiti

-Tempat Lahir: Batu Gajah,Perak

-Pernah dilantik sebagai Imam di Masjid Ireland

-Tersenarai pendek dalam anugerah Muslim UK tahunan atas sumbangan beliau yang besar dalam ilmu pendidikan islam.

-Dilantik menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun.

-Tahun 2010, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam negeri Perak,Pengistiharannya telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.

Pendidikan:

-Mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah di Selangor.

-Menyambung di beberapa pondok sekitar Indonesia,Maghibi dan Syria

-Melanjutkan pendidikan di Universiti Queen Belfast (Dianugerahkan penuntut terbaik 2001 di Universiti Queen)

-Meneruskan perjuangan beliau di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti Oxford.

Dr Afifi merupakan hasil acuan daripada pelbagai ulama,sehingga beliau berjaya memberi sumbangan yang besar dalam dunia pada hari ini.Beliau telah menerima ijazah kelas pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains.Bermula dari situ,beliau mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk melanjutan pengajian beliau ke tahap yang lebih tinggi.

Ketika mana menuntut di Universiti Oxford, beliau telah mendapat ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang falsafah Arab Pertengahan (Medieval) sebagai seorang cendekiawan Clarendo pada tahun 2008. Bidang kepakaran beliau ialah dalam bidang Teologi Islam, Sejarah dan Sains.

Hasil tesis yang begitu mengkagumkan telah diletakkan dalam kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis islam termasyur, Imam Ghazali(d,505,1111). Ianya memerlukan usaha yang begitu gigih dalam membuat kajian kira-kira 50 manuskrip arab zaman pertengahan(Medieval).Terdapat juga tiga hasil kajian beliau diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dan hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.

Beliau telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi.

Kepetahannya berbahasa dalam pelbagai bahasa menjadikan satu kelebihan buat beliau untuk berkomunikasi dengan pelbagai manusia.Antara bahasa yang dikuasai beliau ialah bahasa Latin,Arab,Inggeris,Jerman,Yunani dan Perancis.

Subhanallah,Allah yang telah memberikan anugerah kepada hambanya yang berusaha.Allah yang telah membimbing perjalanan beliau menjadi seorang ulama' dalam usia yang begitu muda.Semoga Dr.Muhammad Afifi diberkati Allah dan terus berjaya memberikan sumbangan buat umat islam dan yang lainnya.

Dr Muhammad Afifi Al-Akiti ini merupakanlulusan sekolah pondok yang berjayamencapai kecemerlangan pendidikannya sehingga menjadi bangsa Melayu pertama di dunia yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pengajar di universiti berprestij dunia itu.(siapa kata sekolah pondok tiada masa depan?)

Pada 2011, Dato' Dr Afifi Al-Akiti telah di anugerahkan Darjah Paduka Mahkota Perak di mana ia membawa kepada pangkat "Dato'".

Beliau juga adalah ahli Dewan Negara Perak dan juga Orang - orang Besar Perak yg terlibat secara langsung dlm perlantikan raja pemerintah. Beliau digelar Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan dlm senarai Orang-Orang Besar Perak.
----_--------------------

Semoga Allah merahmati Syeikh Dr Afifi Akiti. Aamiin 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan