Khamis, 28 Mei 2015

Golongan menjual akhirat; "Diakhir zaman, akan muncul golongan-golongan yang zahirnya memperjuangkan Islam, membawa panji Islam, membuat bangunan-bangunan nampak seperti memperjuangkan Islam tapi menyimpan hati yang busuk didalamnya."

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Golongan menjual akhirat; "Diakhir zaman, akan muncul golongan-golongan yang zahirnya memperjuangkan Islam, membawa panji Islam, membuat bangunan-bangunan nampak seperti memperjuangkan Islam tapi menyimpan hati yang busuk didalamnya."

"Mereka memerangi Ummat Islam, menghantar matlumat kepada Musuh-musuh Islam, dan membawa perbalahan dan bergaduh sesama islam. Diakhir zaman, ilmu-ilmu dan akal manusia akan dicabut oleh Allah ﷻ."

"Bukan dicabut itu dikatakan waras atau tidak tetapi mereka tidak menggunakan akal, bukan dikatakan mereka tidak beramal ataupun gila tetapi tidak digunakan dan diisi dengan ilmu."

"Dikatakan akal-akal orang waktu itu akan diambil dan dicabut oleh Allah ﷻ, maknanya ramai ulama meninggal dunia sehingga tersisa org yg mempunyai akal tetapi tidak diisi dengan ilmu tanpa mengenali haq dan batil, makruf dan yg mungkar dan yg mana jihad dan yg mana pembunuhan sesama orang islam."

"Apa yg menyebabkan mereka buta? kerana tidak mempunyai ilmu. Perumpaannya seperti orang yang berjalan diwaktu malam. Nabi bersabda; "Akan datang suatu zaman nanti fitnah umpama malam yang mengelapkan. Yang dikatakan gelap itu adalah gelapnya fitnah sehingga orang tidak dapat membezakan yg mana betul dan yg mana salah."

"Diantara tanda dekatnya hari kiamat di akhir zaman. Adalah seseorang itu, akan menjual agamanya dengan sedikit nilai keduniaan. Menjual agama ini adalah mendahulukan keduniaan walaupun terpaksa korbankan perkara yang dilarang atau yg diperintah dalam agama. Kata Al Imam al-Busiri; "Barangsiapa yang menjual akhirat dengan duniaanya, jual beli itu adalah jual beli yang sangat merugikan."

"Diakhir hayat Rasulullah ﷺ, Beliau kurang tersenyum kerana termimpi akan adanya khinzir-khinzir yang menaiki Mimbar-mimbar. Ini adalah simbol kepada Ulama' Su. Yang akan ramai jumlahnya di akhir Zaman ini. Ini yang menjadi penyelaras kepada ramainya pengikut Ad-dajjal."

"Kerana orang Alim kalau tergelincir mulutnya satu kalam sahaja akan tergelincir semuanya. Yakni semua pengikutnya akan tergelincir. Dan berapa ramai yang berpegang kepada satu pandangan daripada orang 'Alim yang didakwa alim yang pada akhirnya berlaku sedemikian."

"Dengan tergelincirnya orang alim akan berlakunya pembunuhan, penodaan kehormatan, pentengkaran, pengkafiran, permusuhan kepada seseorang dan sebagainya. Zaman kita ini diakhir zaman, terdapat ramai yang akan terpedaya kepada fitnah Ini. "

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan