Khamis, 7 Mei 2015

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT

Boleh cuba mana-mana cara berikut...
1. Kulit kayu manis dan madu lebah :
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Cucilah esok paginya menggunakan air suam.

2. Timun :
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

3. Daun senduduk
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

4. Daun sirih muda :
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat . Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

5. Madu :
Ambil sedikit madu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya dua hari sekali.

6. Kulit kayu manis :
Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat dan amalkan selalu.

Selamat Mencuba
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan