Isnin, 25 Mei 2015

KENAPA WANITA NAMPAK LEBIH BERUMUR DARIPADA LELAKI.

share dari link fb ~ GT Ong

KENAPA WANITA NAMPAK LEBIH BERUMUR DARIPADA LELAKI.

Jika wanita dan lelaki yang berumur 40 tahun duduk bersebelah, anda akan mendapati bahawa majoriti orang lelaki kelihatan lebih muda daripada orang wanita.

Ini kerana kulit orang lelaki merembeskan lebih banyak sebum (minyak) berbanding kulit orang wanita, menyebabkan orang lelaki lebih banyak berpeluh dan lebih banyak tumbuh bulu. Penghasilan sebum yang banyak pada kulit dipengaruhi oleh hormon. Oleh itu, majoriti lelaki memiliki kulit yang berminyak, ini merupakan faktor mengapa lebih ramai orang lelaki mempunyai masalah jerawat berbanding wanita. Jerawat mula tumbuh selepas liang-liang kulit tersumbat dengan sebum, peluh dan pertumbuhan bakteria.

Secara umumnya, wanita melihat kulit yang berminyak adalah bermasalah, tetapi sebenarnya anda adalah silap. Hakikatnya orang yang memiliki kulit yang berminyak mempunyai kelebihan dari segi jangka panjang, iaitu lambat nampak berumur. Kepada wanita yang risau cepat nampak berusia daripada umur, kulit yang berminyak adalah apa yang anda perlukan.

Kenapa? Ini penjelasannya;-

a). Orang yang jenis kulit berminyak secara umumnya memiliki lapisan kulit yang lebih tebal, ini membolehkan ia penyimpanan lebih banyak lemak dan nutrien pada lapisan subkutaneus kulit serta kuantiti air yang mencukupi pada lapisan papilari (Juga dikenali sebagai lapisan ‘tangki air’).

Secara perbandingannya orang yang memiliki kulit kering atau kurang berminyak mempunyai lapisan kulit yang lebih nipis dan kurang mampu untuk menyimpan lemak, nutrien dan air yang banyak.

b). Kulit manusia adalah organ yang pintar. Ia membantu tubuh kita menyimpan lemak, nutrien dan air untuk kegunaan masa hadapan atau masa perubahan iklim. Ini adalah proses yang dilakukan oleh kulit kita pada setiap hari, kerana kulit kita memerlukan nutrien tersebut untuk kekal sihat demi untuk melindungi kita.

c). Sel-sel Fibroblast pada kulit kita membantu menghasilkan protin seperti Kollagen (untuk kekuatan kulit) dan Elastin (untuk keanjalan kulit). Sel fibroblast juga memainkan peranan penting untuk penyembuhan luka. Selari dengan peningkatan usia, kulit kita juga akan menjadi semakin kering kerana kelenjar peluh menjadi semakin kurang aktif. Punca kulit kita kelihatan berusia, tidak bermaya dan berkedut adalah kerana serat Elastin semakin berkurangan. Kulit kita menjadi semakin nipis, mudah rosak dan kemampuan penyembuhan juga semakin perlahan.

Oleh itu, orang yang memiliki kulit kering akan cepat nampak berusia kerana lapisan kulitnya yang telah tersedia nipis, kering dan kurang air. Ini punca mengapa orang yang memiliki kulit kering mudah berkedut dan nampak lebih tua daripada usia sebenar.

Ini merupakan sebab mengapa orang tua-tua menasihatkan supaya memilih lelaki yang sekurang-kurangnya 10 tahun lebih tua. Kenapa? Kerana apabila anda mencecah umur 40an, anda tidak akan berkecil hati bila orang bertanya, “Siapakah lelaki yang bersama awak? Adik bongsu awak?

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan