Rabu, 25 Februari 2015

TUKARLAH PEMIKIRAN KITA!

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

TUKARLAH PEMIKIRAN KITA!

Ustaz Don dalam satu kuliahnya, menegur hadirin.... " Hari ini bila orang cakap pasal Nabi Adam as, dalam pemikiran kita macam Nabi Adam tak bertamadun, kehidupan kolot, bercawat dan sebagainya " 
Kemudian Ustaz Don mengambil contoh, Yang cipta Product apple, Steve Job.
Katalah Steve Job hidup selama 60 tahun, pada umur dia sebelum 60 dia dah mampu mencipta alat yang canggih, bagaimana pula dengan Nabi Adam? Yang Hidup lebih 1000 Tahun?

Bila sebut Adam dalam pemikiran kita bercawat, tak reti apa ². Dalam Al Quran, Allah cerita bagaimana kehidupan syurga yang canggih tak dicapai akal kita. Dalam Hadith Nabi, diceritakan Mahkota Syurga, yang berkilau. Takkan Nabi Adam tak tahu. Sedangkan Nabi Adam hidup disyurga sebelum diturunkan ke Bumi.

Dalam Al Quran, surah Al Baqarah, Allah cerita Bagaimana Allah mengajarkan kepada Nabi Adam. Allah sendiri ajar kepada Nabi Adam, 
وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" dan Nabi Adam sendiri mengajarkan Nama ² seluruh benda kepada Nabi Adam. Takkan Nabi Adam Tak reti?

Nabi Nuh yang hidup lebih 900 Tahun, kita ingat tak canggih ke zaman Nabi Nuh? Tu yang kapalnya tu. Sampai hari ini orang boleh tengok bentuk kapalnya. Bukan ramai yang beriman tolong buat kapal untuk Nabi Nuh, tapi kapal dia mampu bawa binatang besar dsb. Nak kata canggih la teknologi Zaman Nabi Nuh.

Kata Ulama' waktu Banjir besar zaman Nabi Nuh. Tenggelam Bumi ini.. Mungkin alat canggih yang dicipta zaman Nabi Adam hingga Nabi Nuh tenggelam dalam peristiwa Banjir besaq tu.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Sambal Hitam Belimbing

 
 



share dari link fb ~Kerja Dari Rumah uploaded a new video: CARA MEMBUAT SAMBAL HITAM BELIMBING.



Cara membuat sambal hitam belimbing
Bahan2:

Belimbing Buluh - dlm 500g
Bawang merah kecil -7 biji
Bawang putih - 5ulas
Cili padi - 15 tangkai (or leh letak byk kalau suka pedas)
Ikan bilis kopek - 1 cawan
Minyak utk menumis - 1 cawan
Kicap lemak manis sedikit
Garam -ikut rasa
Gula -ikut rasa

memula..... Belimbing buluh-dibersihkan dan direbus dalam periuk tanpa air hingga hampir kering dan bewarna hitam....gunakan api yang kecil dan kacau sekali sekala.Seelok nya gunakan periuk yang dah lama dan tak guna lagi sebab periuk tu nanti akan jadi hitam dan susah nak bersihkan.

kita rebus sampai belimbing yg diletakkan sedikit garam sehingga bertukar warna kehitaman..belimbing akan benyek nanti..

buka api kecil ye..sederhana pun boleh...n serius rebus lama...aku rebus dlm3jam lebih.

1. Cili api,ikan bilis,bawang besar ditumbuk kasar.
(kalau nak pakai blender pun boleh...tp blender kering
kalau ada frood processor lg bagus.....)
kemudian, tunbuk sekali belimbing buluh tersebut..
2. Panaskan minyak
3. Masukkan bahan tumbuk.Kacau hingga separuh masak
4. Masukan belimbing,kacau rata hingga masak.

Masukan garam dan gula serta sedikit kicap 
Sesuaikan rasa.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

ROTI KEJU CENDAWAN

share dari link fb ~PenMerah [dot] com

ROTI KEJU CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:
4 keping roti
cendawan butang dihiris halus 
2 keping keju keping
2 sudu besar keju cheddar sagat
100 gm isi ayam (hiris nipis)
1/2 cawan susu segar

CARA MENYEDIAKAN:
1. Isi ayam dilumurkan dengan garam dan dan dilumur dengan sedikit minyak dan masukkan dalam kuali. Biarkan isi ayam masak.
2. Pukul telur dengan susu segar dan rendam roti sekeping demi sekeping.
3. Di atas dulang pembakar lapiskan aluminium foil dan bubuhkan sekeping roti. Di atasnya bubuhkan keju keping, keju cheddar, cendawan butang hiris dan ayam.
4. Letakkan lagi keping roti. Bubuhkan ayam saja.
5. Bubuhkan lagi sekeping roti dan bubuhkan keju keping dan keju sagat.
6. Akhir sekali bubuhkan roti.
7. Bakar pada suhu 200oC selama 15 minit.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Isnin, 23 Februari 2015

Adab Makan Dan Minum


share dari link fb ~ Kerja Dari Rumah uploaded a new video: ADAB MAKAN DAN MINUM.
Adab Makan Dan Minum
Mengikuti sunnah Rasulullah SAW adalah sangat penting bagi setiap muslim. Sunnah yang dapat membentuk keintiman dan keharmonian didalam rumahtagga dan keluarga kita. insya-ALLAH
1. MEMBASUH TANGAN
Membasuh tangan itu menurut satu pendapat bukanlah merupakan suatu sunnah secara umum. Ini kerana ia bergantung kepada keadaan iaitu jika tangan kotor maka dibasuh dan jika tidak cukup dengan menyapu tangan. Pendapat ini berdasarkan dua hadis yang menyebut:
“Bahawa Rasulullah SAW masuk ke tandas kemudian baginda keluar, maka baginda makan dan baginda tidaklah menyentuh air.” (HR An-Nasaa’i)
Satu lagi hadis menyebut:
“Bahawa Rasulullah SAW apabila baginda ingin tidur, sedangkan baginda berjunub, maka baginda berwudhu’ (seperti wudhu’) untuk solat dan apabila baginda ingin makan maka baginda membasuh kedua tangan baginda (lebih dulu).”
2. MEMBACA BISMILLAH
Nabi SAW bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda: “Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah…” (HR Bukhari dan Muslim)
Ini merupakan satu suruhan yang jelas mengenai membaca Bismillah.
3. BERKUMPUL SEWAKTU MAKAN
Adalah digalakkan berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan syarak iaitu tiada percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram.
Rasulullah SAW bersabda: “Maka hendaklah kamu berkumpul untuk makan makanan kamu dan sebutlah nama Allah agar diberkati kamu padanya.” (HR Abu Daud)
4. MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KANAN
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR Muslim)
5. MULA MAKAN DI TEPIAN, TIDAK DI TENGAH
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan, akan tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya, kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah).” (HR Abu Daud)
6. TIDAK TONGKAT TANGAN
Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki di samping baginda: “Saya tidaklah makan sedangkan saya (di kala itu) bertongkat tangan.” (HR Bukhari)
Juga digalakkan makan di dalam keadaan cara duduk berlutut dan menghulurkan kedua telapak kaki atau mendirikan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri (separuh bertempoh) atau bersila.
Kurang digalakkan makan di atas meja beserta duduk di atas kerusi kerana duduknya selesa dan tempoh makannya menjadi lama.
7. TIDAK MENCELA MAKANAN
Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan:
“Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang terhidang). Jika baginda berselera, baginda memakannya, dan jika baginda tidak ingin, baginda meninggalkannya.” (HR Bukhari)
8. BERCAKAP MENGENAI KEBAIKAN MAKANAN
Semasa makan, para Ulama’ menggalakkan untuk bercakap mengenai kebaikan makanan. Akan tetapi ia tidak bermaksud bercakap di ketika makanan berada di dalam mulut.
9. MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH
Jaabir b. Abdullah r.a. memberitakan Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila suapan seseorang kamu terjatuh maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharatan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir).” (HR Muslim)
10. TIDAK BERNAFAS DALAM BEKAS MINUMAN
Ibnu Abbas r.a. memberitakan: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas dalam bekas minuman atau menghembuskan ke dalamnya.” (HR At-Tirmidzi)
11. TIDAK MAKAN BANYAK
Nabi SAW bersabda: “Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut sedangkan orang kafir itu makan menggunakan tujuh buah perut.” (HR Bukhari)
12. LARANGAN MAKAN SAMBIL MENIARAP
Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya: “Bahawa Nabi SAW melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap.”
(HR Ibnu Maajah)
13. UCAPAN PENJAMU: “MAKANLAH!”
Terdapat satu hadis yang dihujungnya berbunyi: “… Maka sentiasalah baginda SAW bersabda, “Sila minum!” (HR Bukhari)
Oleh itu sangatlah dituntut kepada para penjamu makanan agar mengucapkan kata seperti itu kepada orang-orang yang hendak makan.
14. MENJILAT PINGGAN DAN JARI
Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.” (HR Muslim)
Di dalam hadis lain menyebut:
“Apabila salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia menyapu tangannya (dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau makanan itu dijilatkan.” (HR Bukhari)
15. LARANGAN BANGUN SEHINGGA HIDANGAN DIANGKAT
Hadis menyebut:
“Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang bangun sehingga diangkatkan hidangan; dan janganlah dia mengangkatkan tangannya (berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya) selesai makan; dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu; kerana sungguhnya seorang lelaki itu akan merasa malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan; dan barangkali dia masih perlu untuk makan.” (HR Ibnu Majah)
16. MEMUJI ALLAH SWT DAN MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN
Terdapat beberapa doa selepas makan yang telah diajarkan oleh Nabi SAW. Kita juga turut digalakkan untuk mendoakan untuk penjamu kita (yang menjamu hidangan kepada kita).
17. MEMBASUH TANGAN SESUDAH MAKAN
Nabi SAW bersabda: “Siapa tidur sedangkan di tangannya terdapat daging busuk dan dia tidak membasuhnya; tiba-tiba dia dikenai sesuatu, maka janganlah dia mencela melainkan ke atas dirinya (sendiri).” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)
Orang yang tidak membasuh tangan sesudah makan akan menyebabkan tangannya kotor dan ini berkemungkinan akan menyebabkan kemudaratan seperti serangga atau binatang tertarik dengan sisa atau bau makanan di tangannya.
18. MENDAHULUKAN ORANG SEBELAH KANAN
Hadis menyebut: “Pernah dibawakan susu yang telah dicampur air kepada Nabi SAW; sedang di sebelah kanan baginda ada seorang A rab desa dan di sebelah kiri baginda terdapat Abu Bakar, maka lalu baginda minum, kemudian baginda memberikannya kepada orang Arab desa sambil baginda bersabda: “Hendaklah (disambung) kepada orang yang di sebelah kanan, kemudian orang yang di sebelah kanan.”" (HR Bukhari dan Muslim)
19. PEMBERI MINUM, MINUM YANG TERAKHIR
Dalam hadis sumber dari Abu Qataadah yang panjang, Nabi SAW bersabda: “…Sesungguhnya pemberi minum kepada suatu kaum itu, dialah peminum yang terakhir.” (HR Muslim)
20. LARANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM BEKAS EMAS DAN PERAK
Hadis menyebut: “Siapa minum dalam bekas daripada emas atau perak, maka sesungguhnya akan menggelegak dalam perutnya (bakaran) api neraka.” (HR Muslim)
Ilmuan Islam sependapat tentang keharaman makan menggunakan bekas emas dan perak sama ada bagi lelaki ataupun perempuan.
Wallahu a’lam.....
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Rabu, 18 Februari 2015

PETUA TERCEKIK TULANG

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

PETUA TERCEKIK TULANG


1. Nasi atau pisang :

Kepal-kepalkan nasi atau pisang dan terus telan. Sebaiknya baca bismilah dan 3 qul dan bertawakal sambil makan pisang atau nasi kepal.

2. Madu :
Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akam terkeluar.

3. Air basuhan tangan kita :
Caranya cuci tangan bersih dan ambil air masak dan basuh tangan anda menggunakan air tersebut dan minum semula air yang basuh tangan tu. InsyaAllah mujarab dengan izin Allah.

4. Minyak masak :
Celupkan jari telunjuk dengan minyak masak, sapukan pada dubur. Rasa tercekik tulang akan beransur-ansur reda.

Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital. 
Selamat mencuba.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Selasa, 17 Februari 2015

"Bread Lasagna / Lasagna Roti

share dari link fb ~Rahsia Hawa

"Bread Lasagna / Lasagna Roti

Yum yum! Bahan2:
•1/2 bawang besar
•1/2 Tube daging cincang
• 1 genggam mixed vegie
• sos cili n tomato
• salt n pepper
• roti
• telur
• susu
• mozarella cheese

Cara2:
1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar smpai empuk.
2. Masukkan sos cili n tomato,salt n pepper and mixed vegie. masak smpai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur n susu. 
4. celupkan roti dlm telur n susu tu. Then letak inti yg dh masak then tabur mozarella cheese buat 2 layer.
5. Bakar suhu 180c cmpai garing sket.

Siap!
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

IKAN KERAPU STIM SUNQUIK

share dari link fb ~ RESEPI DAPURK KE DAPURKU

Bila hujung minggu rakan2 RDKDK mesti fikir masakan apa yg istemewà untuk dihidàngkan bersama fmly tercinta. Ikan kerapu memang sedapp apabila dimasak ada belbagi jenis masakan boleh dimasak , antaranya masak stem, masak sweet shower & kerapu bakar. Hari ne..Admin sharekan resepinya BISSMILLAH...

IKAN KERAPU STIM SUNQUIK

Bahan2nya :
1 ekor ikan kerapu sederhana besar
3 sudu makan jus sunquik
3 biji bawang merah dipotong dadu kecil
5 biji lada chili dipotong dadu kecil
1 biji bawang putih dipotong dadu kecil
1 inchi halia dipotong sudu kecil
1/2 biji lada bangala merah & hijau
( dipotong dadu kecil )
1 batang serai dihiris
Sedikit garam & gula
Sedikit serbuk perasa
Sedikit tepung jagung
Sedikit minyak menumis

Cara2nya :
Mula2 kukus ikan kerapu selama 15 minit kemudian ketepikan. Tumiskan bahan2 tadi bawang merah,bawag Putin,lada chili,halia & serai hingga naik bau aromanya, kemudian masukkan lada bangala me rah & hijau, jus sunquik,serbuk perasa serta garam & gula secukup rasa. Akhir sekli masukkan sedikit tepung jagung utuk memekatkan kuahnya.
Renehkan bahan sehingga mendidih. Kemudian tuangkan kuah Keatas kerapu yang telah dikukus tadi.Siap untuk dihidangkan selamat men cube semua.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Rahsia Wudhuk - Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiatris dan sekaligus neurology dari Austria telah memeluk Islam setelah mengkaji tentang Wudhu. Beliau telah menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu.

share dari link fb ~1kedai
Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga? Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa. Pakar saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’ (rukun dan sunat):
  • Muka 84
  • Tangan 95
  • Kepala 64
  • Telinga 125
  • Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!! Subhanallah!!  Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan: Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
Titik Akupunktur Telinga
Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
 Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’. Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’… Semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada anda.Wallahualam.
Kajian Saintis Neuro Telah Membuktikan Sesuatu:
Memeluk Islam Kaji Wudhuk
Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiatris dan sekaligus neurology dari Austria telah memeluk Islam setelah mengkaji tentang Wudhu. Beliau telah menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan menukar namanya menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu dari Penilitian Ulamak:
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh. Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari? Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa. Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya. Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Petikan dari pelbagai sumber.
http://www.1kedai.com/kedai/index.php?option=com_content&view=article&id=103%3Awudhu&catid=10%3Aartikel&Itemid=10

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Isnin, 16 Februari 2015

POTATO SALAD

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

POTATO SALAD

Bahan-bahan:

-4 biji Ubi kentang bersaiz sederhana dipotong dadu* 
-2 biji telur*
-4 keping meatloaf *- sy guna jenama ayam dinding
-10 biji tomato ceri (sekiranya besar boleh dibelah dua)
-2 tangkai daun salad dihiris 
-1 ulas bawang merah dihiris bulat dan nipis-nipis
-1 sudu kecil lada hitam biji (diblend)-nak guna serbuk lada hitam pun boleh.
-3 sudu besar mayonese 
-Garam secukup rasa

Cara: 

-Rebuskan bahan-bahan bertanda*.
-Setelah ubi kentang masak, taburkan garam secukup rasa keatas kentang dan digaul rata. Biarkan bahan-bahan rebus sejuk pada suhu bilik.
-hiris telur rebus dan meatloaf kecil-kecil mengikut saiz yang anda inginkan.
-kemudian masukkan kentang,hirisan telur, meatloaf dan bahan-bahan yang lain didalam satu bekas besar dan digaul rata.
-Sedia untuk dihidangkan.

LIKE n SHARE.. 
smile emoticon
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Resepi Kek Lapis Cheese Sedapppp.

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

Resepi Kek Lapis Cheese Sedapppp.

Bahan A:

2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g

500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B:

500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :

Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati

Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair

Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan

Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.

Panaskan susu segar,padamkan api.

Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup

Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan

Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi

Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.

Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(

Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

selamat mencuba 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/