“Agama terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Akidah, Syariah dan Ibadah. Ramai yang menitik beratkan ibadah tetapi tidak menitik beratkan akhlak. Islam sangat mementingkan akhlak yang baik sehinggakan Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam yang banyak beramal ibadah tetapi Allah tidak memuji Rasulullah kerana ibadahnya tetapi kerana akhlaknya.
Akhlak mesti menghiasi ibadah. Baiknya akhlak dapat mengangkat darjat orang yang tidak banyak beramal, tapi buruknya akhlak boleh merendahkan darjat walaupun banyak beramal.
Orang yang muflis di hari perhitungan adalah orang yang membawa ganjaran pahala ibadah yang banyak akan tetapi buruk akhlaknya , seperti tidak menjaga mulut, sering menyakiti atau memaki hamun , termasuk juga makian di laman sosial seperti facebook (makian tanpa sempadan-dosa tanpa sempadan), tidak menjaga tangan dan lain-lain.
Orang yang dizalimi akan menuntut ganjaran darinya. Sekiranya sudah tidak cukup pahala, akan diberikan pula dosa orang dizalimi kepadanya, jadilah orang yang buruk akhlak golongan yang datang dengan pahala, kembali dengan dosa. Begitulah, jangan sampai akhlak yang buruk menghapuskan pahala ibadah.
-Ad Daie'ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan