Ahad, 8 Februari 2015

Tentang Insan Agung.

Tentang Insan Agung.
=================

1. Di dalam surah al-Qalam ayat 4, Allah memuji Nabi Muhammad solla Allahu alaihi wa sallah dengan pujian yang sangat agung; 

وإنك لعلى خلق عظيم
"Sesungguhnya Engkau (wahai Muhammad) benar-benar mempunyai budi pekerti (akhlak) yang agung".

Dari sinilah timbul pujian daripada kalangan para ulama'. Mereka juga turut berusaha memuji Baginda صلى الله عليه وسلم dengan melakarkan ungkapan rindu, kasih, cinta & hormat buat Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam tulisan-tulisan mereka.

2. Rasulullah صلى الله عليه وسلم diibaratkan seperti matahari & para Nabi yang lain seperti bintang. Bintang-bintang itu akan kelihatan di kala tiadanya matahari. Akan tetapi di saat terbitnya matahari, bintang-bintang itu terus sirna (tidak kelihatan lagi).

3. Kemuliaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu seperti البدر (bulan purnama) di mana cahayanya dapat dirasai oleh semua makhluk & cahayanya itu menyinari semua benda yang berada di sekelilingnya.

4. Orang yang paling hampir kedudukannya dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم kelak di hari kiamat ialah yang paling banyak bersalawat ke atasnya.

Fadhilat BANYAK bersalawat ialah akan dihilangkan kegelisahan & diampunkan dosa.

5. Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata jika kami berada di dalam situasi yang tidak terkawal & berkecamuk di medan perang, maka tempat yang akan dicari kami untuk berlindung adalah bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Ini adalah kerana Baginda صلى الله عليه وسلم seorang yang sangat berani, tidak akan lari dari medan perang & sangat bijak menyusun strategik. 

6. Sesiapa yang mahu mencari keberuntungan di dalam hidup maka contoh yang paling tepat untuk diikuti ialah Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Lihat surah Alii-I'mran ayat 164.

7. Yang akan dapat memberi syafaat terbesar di akhirat kelak adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Barulah diikuti oleh orang lain.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

- Nota mafhum dari majlis Maulid Akbar bersama Syeikh Fahmi Zam-zam حفظه الله di as-Sirajul Munir, 17-19 Jan 2015.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan