Ahad, 8 Februari 2015

NAK ATASI SEMBELIT CARA MUDAH? 3 cara untuk merawat sembelit

 share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

NAK ATASI SEMBELIT CARA MUDAH?
3 cara untuk merawat sembelit

1. Minum dua hingga empat gelas 8oz tambahan air suam apabila sembelit. Jika anda mempunyai sembelit selama beberapa hari, minum 10-20 auns air kosong setiap pagi sejurus selepas bangun tidur. Anda disarankan minum sekurang-kurangnya 10 gelas air kosong suam setiap hari.

2. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang mempunyai serat tinggi untuk meningkatkan jumlah pengambilan serat setiap hari. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 24-38 gram serat sehari. Sembelit juga adalah berpunca dari pengambilan lemak yang berlebih, gula bertapis dan tenusu yang berlebihan berbanding dengan serat daripada bijirin dan buah-buahan.

3. Pada sesetengah kes, Kopi boleh membantu. Ramai orang menganggap kopi membantu melegakan sembelit dengan cepat. Ini kerana kafein dalam kopi boleh merangsang otot dalam sistem pencernaan dan menyebabkan pergerakan usus.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan