Isnin, 16 Februari 2015

Pentingnya Bersahabat

share dari link fb ~ Ummu Iffah

Pentingnya Bersahabat 
Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat² mereka yg selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah: 

"Yaa Rabbi..
Kami tidak melihat sahabat² kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami" 

Maka Allah berfirman: 
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat² mu yang di hatinya ada iman walaupun sebesar zarah"
(HR: Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat² mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada kepada sahabat² nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukan ku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU.. Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

Sahabatku.. ..
Mudahan² dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang Allah..
Agar aku dapat beserta mu kelak di Syurga dan Redha-Nya..

Amin Ya Rabbal Alamiin

Ya Allah aku memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat² yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak..

Oleh itu, carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan² ke Syurga dan jalan² kebaikan.

Wahai sahabatku,
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANG KU NANTI JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI..

Allahu Akhbar
(Copy&Paste)
P/S : Credit kpd penulis asal.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan