Selasa, 10 Februari 2015

Resepi Roti Daging Black Pepper Berlapis Cheese

Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. Apabila betul2 panas barulah masukkan roti. Bakar suhu 180c selama 40min atau sehingga permukaan perang dan cheese mencair.
Tabur parmesan cheese dan oregano bolognaise
Yummehhhh!
Tabur mozarella dan cheddar cheese parut. Siram lebihan bancuhan susu & telur.
Bau aroma oregano dan cheese yang sangat harum! Selamat mencuba!

share dari link fb ~ WanShila Wan Hasan added 8 new photos.
Resepi Roti Daging Black Pepper Berlapis Cheese
Bahan inti:
2-3 keping daging cincang (saya guna daging burger darabif) - leraikan, tambah sedikit air spy senang lerai.
2 ulas bawang putih -tumbuk/cincang
1 labu bawang besar holland -potong dadu
1 batang lobak merah -hiris halus/dadu
1/2 btg timun -buang isi biji dan potong dadu
1 pokok daun sup -hiris halus
1/2 paket serbuk perencah lada hitam maggi
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
*masak bahan2 di atas sehingga empuk dan kering. Ketepikan.
Bahan roti
Kalau terlebih rajin, buat sendiri roti sandwich
Kalau kurang rajin, beli aje roti kat kedai.. Saya guna roti gardenier. Untuk bekas/loyang yg saya guna ni cuma memerlukan 8 keping roti sahaja. Saya buang tepi roti sebab nak bagi ngam2 terletak dlm bekas.
2 biji telur gred A
200ml atau secawan fresh milk.
Tuang fresh milk ke dalam mangkuk. Pecahkan telur. Pukul sedikit sehingga sebati menggunakan garfu.
Okey. Sekarang tiba masa untuk melapis roti.
1. Sediakan loyang yang sesuai. Griskan loyang dengan shortening@marjerin@mentega supaya roti senang dikeluarkan.
2. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan kemudian susun ke dalam loyang sehingga menutupi dasar loyang.
3. Tabur inti daging dengan rata.
4. Susun cheese slice sampai menutupi daging.
5. Ulang step 2-4 sehingga habis. 
6. Bila sudah selesai melapis, tabur mozarella dan cheddar cheese yg telah diparut. 
7. Jika ada lebihan bancuhan susu dan telur tadi, siram ke atas cheese td. 
8. Tabur parmesan cheese dan oregano bolognaise jika suka.
9. Bakar pada suhu 180c selama 40 minit atau sehingga permukaan atas perang dan garing. (Panaskan oven terlebih dahulu).
Selamat mencuba! 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan