Isnin, 16 Februari 2015

POTATO SALAD

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

POTATO SALAD

Bahan-bahan:

-4 biji Ubi kentang bersaiz sederhana dipotong dadu* 
-2 biji telur*
-4 keping meatloaf *- sy guna jenama ayam dinding
-10 biji tomato ceri (sekiranya besar boleh dibelah dua)
-2 tangkai daun salad dihiris 
-1 ulas bawang merah dihiris bulat dan nipis-nipis
-1 sudu kecil lada hitam biji (diblend)-nak guna serbuk lada hitam pun boleh.
-3 sudu besar mayonese 
-Garam secukup rasa

Cara: 

-Rebuskan bahan-bahan bertanda*.
-Setelah ubi kentang masak, taburkan garam secukup rasa keatas kentang dan digaul rata. Biarkan bahan-bahan rebus sejuk pada suhu bilik.
-hiris telur rebus dan meatloaf kecil-kecil mengikut saiz yang anda inginkan.
-kemudian masukkan kentang,hirisan telur, meatloaf dan bahan-bahan yang lain didalam satu bekas besar dan digaul rata.
-Sedia untuk dihidangkan.

LIKE n SHARE.. 
smile emoticon
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan