"Man! Bangun sembahyang subuh." Mak Imah mengetuk pintu bilik anak terunanya. Tiada respon.
Melihat jam di dinding kayu... 6.30 a.m.
"Man....!" panggilannya lebih kuat dari tadi. Biar sekampung bangun. Geram dengan anaknya yang liat hendak bangun pagi. Subuhnya selalu saja terlepas.
Man terkejut. "Hmmm..." Man merungut, suaranya garau. Mata yang dipenuhi tahi mata dibuka kecil. Dia kembali menarik selimut hingga menutup kepala. Sukar untuk terlelap semula.
Mak Imah diam mencari strategi. Masih berdiri di depan pintu bilik anaknya.
"Man... Di pagi yang indah ini, Man bertuah dapat dengar suara mak yang kejutkan Man..." Mak Imah memulakan strateginya.
"Cuba Man bayangkan kalau esok Man terbangun Malaikat Mungkar dan Nangkir yang tolong kejutkan Man." Sambung Mak Imah sambil tersenyum, menunggu respon dari anaknya.
Dari dalam bilik Man terdengar kata-kata Mak Imah. Selimut ditarik, sudah tidak menutup kepala. Matanya tercelik luas.
"Man, hari-hari Man bangun lewat. Tengahari baru jumpa air nak mandi... mana tahu esok jugak Man kena mandi awal, dah tak boleh mandi sendiri. Tok Imam rumah tepi bendang tu ha yang akan tolong mandikan Man..."
"Man mati tu boleh datang menjemput kita bila-bila masa. Tak kira tua atau muda. Man sembahyang subuh pun jarang-jarang. Man tak takut ke? Mana tahu esok orang kampung pulak tolong sembahyangkan Man" Sambung Mak Imah lagi, dengan strategi terbarunya. Memberi ceramah motivasi pagi. Selama ini sudah bermacam strategi Mak Imah guna, dari percik air sampai simbah sebaldi air, Man tetap Man... Subuhnya selalu terlepas.
Dumm...! Pintu bilik terbuka luas. Dari dalam bilik, Man merempuh keluar. Terus lompat terjun ke dapur. Rumah papan dua tingkat itu bergegar. Sekelip mata Man sudah berada di dalam bilik air. Membersihkan diri dan berwuduk. Mak Imah terlopong. Strategi motivasi paginya hari ini sukses...! Senyum lebar tanda kemenangan.
Semenjak hari itu, Man tidak lagi meninggalkan solat subuh dan solat lima waktu yang lain. Malah kadang-kadang dia pula yang bangun lebih awal dari Mak Imah. Dia juga sering berjemaah di surau. Setiap kali berjumpa Tok Imam rumah tepi bendang, dia pasti teringat motivasi pagi dari maknya. Sanggat menginsafkan...!
# Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.
Story by:Layna Marconaa

Tiada ulasan:
Catat Ulasan