Isnin, 8 April 2013

PUDING ROTI MARBLE



PUDING ROTI MARBLE
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
4 keping roti *
2 biji telur ayam *
1/2 cawan susu pekat manis *
1 tin susu cair (400ml) *
1 sudu teh asen vanilla *
2 sudu besar majerin
2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
1 atau 2 pewarna kesukaan

Cara-cara :
1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam blender dan kisar halus.
3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
6. Bahagi kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal.
7. Sendukkan puding kedalam loyang atau acuan secara berselang-seli setiap wana.Sendukkan adunan terus menerus.
8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan semasa sejuk-sejuk memang sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan