Khamis, 18 April 2013

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya.” (HR.Tirmizi)

share dari link fb ~Assalamu'alaikum WaHaI HATI


Bismillahirrahmanirrahim..

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya.” (HR.Tirmizi)

Dari Khalid bin Al-Walid r.a, dia berkata: “Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah s.a.w yang mana dia menyatakan tujuannya, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatanganku ini adalah untuk bertanya kepada engkau mengenai apa yang akanmenyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.” Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya, “Tanyalah apa yang engkau kehendak.” Dia berkata, “Siapa yang terselamat daripada dosa?” Baginda s.a.w menjawab, “Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.”

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah s.w.t selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah s.w.t dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah s.w.t dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (HR.Tirmizi)

~ღ♥ღ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan