Khamis, 11 April 2013

Kek Pisang



share dari link fb ~Buku Resepi
Kek Pisang
Oleh:Haslina Harun

Bahan-bahan
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis & lecek
1 cawan gula merah
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A

1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla
#coklat rice/coklat urai
#badam cincang-sangai dulu

Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang, coklat urai dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang..taburkan badam cincang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.

*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan