Jumaat, 26 April 2013

Khasiat Hujan Malam Jumaat



Khasiat Hujan Malam Jumaat

a. Sebahagian orang zaman dahulu mempercayai bahawa titisan air hujan dari langit yang turun pada malam Jumaat boleh diminum terus dan mempunyai banyak khasiat, seperti " penerang hati "dan penolak bala. Cara menampung air hujan ini adalah ia harus menggunakan pinggan, bekas atau mangkuk kaca yang berwarna putih (telus). Diletakkan di tempat terbuka dan tidak boleh ada perantara apapun bagi turunnya air hujan. Kemudian air hujan tersebut dipindahkan ke gelas kaca berwarna putih, dan bacalah Basmallah dan doa penerang hati (bergantung keinginan). Kemudian tiup sebelum meminumnya dengan niat kerana Lillahitaala (bukan untuk keburukan).


b. Menurut orang tua-tua dahulu walaupun ia sesuatu yang boleh dianggap "mistik", namun tergantung pada pemikiran kita. Kalau kita fikir cara demukian akan membawa manfaat atau berkesan, maka ia akan berjaya. Jikalau kita fikir itu mustahil, maka ia tidak akan membawa apa-apa manfaat. Kekuatan pemikiran dan keyakinan anda akan mempengaruhi diri dan hidup anda. Jadi, berhasilnya atau tidak amalan ini bergantung pada pemikiran dan keyakinan anda.
 

1 ulasan: