Jumaat, 26 April 2013

KEK KUKUS RED VELVET


share dari link fb ~Buku Resepi


KEK KUKUS RED VELVET
Oleh:Seharum Kasturi
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar koko
1 sudu kecil vanila
Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
Cara membuat
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
Masukkan susu pekat dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
Bila sebati, bahagikan kepada 3.
Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan