Jumaat, 12 April 2013

Lakukan 7 Sunnah Rasul Untuk Kehidupan yang membahagiakan dan tenang.


share dari link fb ~ kak Shaharani Shaharom


Lakukan 7 Sunnah Rasul Untuk Kehidupan yang membahagiakan dan tenang.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2) Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata kita membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4) Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

5) Jaga sedekah setiap hari.. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa dirinya selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga pula dirinya oleh malaikat dengan 2 doa iaitu ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.”

7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Jagalah selalu sunnah-sunnah baginda Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W kerana hanya kitalah yang dapat meneruskan sunnah-sunnah baginda SAW. Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta padaku, dan barang siapa yang cinta padaku, maka akan masuk syurga bersamaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan