Jumaat, 19 April 2013

Pulut Kuning & Rendang Daging

share dari link fb ~Resepi Bonda


Pulut Kuning & Rendang Daging

BAHAN-BAHAN
300 gm beras pulut (Dicuci dan toskan)
300 ml pati santan
1 sk garam
1 sb serbuk kunyit ~Sue guna ½ sk jeee
air secukupnya
PENYEDIAANNYA
Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit di dalam air selama beberapa jam.Toskan dan kukus pulut selama ½ jam atau sehingga kembang ~Sue ambil masa 15min jeeee..
Sementara itu masak santan bersama garam sehingga pekat dan berminyak.
Keluarkan pulut dan gaul rata bersama santan.
Kukus selama 5 min lagi.~Sue ambil masa 15-20min
Sajikan pulut bersama rendang/lauk kegemaran masing-masing.
RENDANG DAGING
Resipi : Chef Wan

BAHAN-BAHAN
½ kg daging (potong lebar)
200 ml santan cair ~Sue guna 100ml santan kotak + 100ml air
100 ml pati santan ~Sue guna santan kotak
35 gm kerisik ~Sue guna 1 sb jeee
1 helai daun kunyit (Dihiris nipis) ~Sue carik-carikkan saja
Garam & Gula secukupnya
Bahan-Bahan Kisar Halus (blend)
15 tangkai cili kering (Direndam air panas sehingga lembut dan toskan)
3 tangkai cili padi.
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 sb serbuk ketumbar ~Sue buh 1 sk jeee
1 sb serbuk jintan putih ~Sue buh ½ sk jeee
1 sb serbuk jintan manis ~Sue buh ½sk jee
1 helai daun limau purut ~Sue tak buh, xde stok
PENYEDIAANNYA
Di dalam kuali, masukkan daging, bahan kisar dan santan cair.Masak sehingga daging empuk..Tambah air jika perlu.
Setelah daging empuk, masukkan pati santan, kerisik, daun kunyit serta garam & gula secukupnya.Gaul sebati
Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak..Setelah sesuai rasa, sedia di hidang bersama pulut...


********** RESEPI INTERNET **********

Tiada ulasan:

Catat Ulasan