Ahad, 28 April 2013

Secebis kisah..


share dari link fb ~Akhi Tinta Khalifah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat malam buat sahabat semua..

Secebis kisah..

Pada zaman dulu, ada seorang wanita bangsawan yang cantik memakai purdah dan disukai ramai lelaki ajnabi. Dia mempunyai seorang hamba wanita. Pada suatu hari ada seorang lelaki ajnabi berkata pada hamba wanita bangsawan itu,

"katakan pada tuanmu yang aku rindu padanya dan amat menyukai matanya, aku terbayang-bayang akannya''

Lantas hamba itu pun pulang dan menceritakan pada tuannya. keesokan harinya hamba itu membawa sebuah kotak sambil menangis teresak-esak kepada lelaki ajnabi itu. Lelaki itu membuka kotak itu, alangkah terkejutnya lelaki itu kerana ada sepasang mata di dalam kotak tersebut. Hamba wanita bangsawan itu tadi berkata,

''Tuanku sanggup mengorbankan matanya demi menjaga dari dipandang oleh lelaki ajnabi, menjaga hubungannya dengan Allah dan kerana takutnya dengan Allah"

SubhanAllah..

Ya Allah yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat
Berikanlah Cahaya petunjukMU pada seluruh umat Islam
Pandulah kami yang masih buta di dalam Cahaya
Masih teraba-raba di laluan yang rata

Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Rabbi
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun
Kurniakan kami kemanisan CintaMU
Agar kami diizinkan mencium keharuman SyurgaMU
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan