Ahad, 28 April 2013

Makanan Yang Boleh Menggemukkan Anda


share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Makanan Yang Boleh Menggemukkan Anda

1. Nasi Lemak - Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih kurang 390 kalori tidak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450 - 500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau lauk yang lain, itu akan mnambahkan berat badan dan kolesterol anda.

2. Roti Canai - Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan 2 keping bermakna 600 kalori.

3. Nasi Goreng - Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau hendak makan juga, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais Krim - Ais krim memang sedap. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori. Dua scoop ais krim bersamaan 380 kalori.

5. Burger -Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang ada telur. Jangan amalkan selalu.

6. Mee Kari - Hidangan mee dengan sup kari, santan. Sungguh menyelerakan. Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, gantikan dengan mee sup. Mee sup hanya 380 kalori.

7. Makanan Bergoreng - Sekeping pisang goreng bersamaan 170 kalori. Makanan seperti ini tidak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Kurangkanlah makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dan lain-lain)

8. Susu Pekat Manis - Susu penuh krim kurang elok untuk anda. Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, anda dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60 kcal.

9. Roti Manis dan Donut - Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa-apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. Gantikan dengan roti wholemeal.

10. Mayonis - Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Oleh itu, kurangkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan