Khamis, 26 Mac 2015

KARIPAP POPIAH

share dari link fb ~Ketuk-Ketuk Ramadan added 3 new photos.
[ KARIPAP POPIAH ]
BAHAN2 INTI:
1 kilo kentang - potong dadu
300 gm daging atau isi ayam di cincang - nak lebih pun no hal
2 labu bawang besar - di dadu
daun sop dan daun bawang
daun kari - akak suka bubuh banyak2
7 ulas bwg merah )
3 ulas bwg putih )
sdikit halia ) di tumbuk lumat
sedikit ikan bilis )
3 peket kecil rempah kari ayam/daging - boleh kurangkan klu x tahan pedas
Sedikit jintan putih - sangrai n tumbuk kasar2
garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan2 yg di tumbuk tumis sampai wangi
2. Masukkan daging dan serbuk kari serta air dan biar empuk sikit
2. Masukkan kentang - sampai empuk. Sesekali kacau. (kalau guna ayam, masuk sekali ngan kentang)
4. Masukkan jintan dan daun kari dan biar kering sikit - kalau elok basah2 skitlah.
5. Masukkan bawang besar yg didadu.
6. Bila dah tutup api, masukkan daun sup dan daun bawang.
7. Kemudian ambil sekeping kulit popia, letakkan sedikit inti - tak payah banyak2 - dan gulung.
8. Goreng dan siap untuk hidang.
NOTA:
Karipap popia ni cukup senang dan cepat membuatnya.
Jintan membuat kan inti ini lebih sedap lagi.
Selain inti karipap biasa ni, boleh juga buat inti sardin atau inti telur.
Inti telur tu - buatlah cam scramble egg, buh pepper skit, black pepper ke.. cheese pun boleh
INTI SARDIN:
1 tin sardin pertima
kentang - banyak mana ikut suka - potong dadu
1 biji bawang besar - dadu
3 ulas bwg putih ) tumbuk
sedikit halia ) tumbuk
1 sudu cili mesin
limau kasturi - banyak sikit kasi buang hanyir
CARA MEMASAK
1. Tumis, bwg putih, halia n cili.
2. Masukkan kentang sehingga empuk.
3. Masukkan sardin dan bawang dadu- kacau hancur2kan.
4. Perahkan asam dan bubuh garam.
NOTA:
Kalau nak sedap bubuh daun sup and daun bawang hiris halus2. Bubuh masa dah tutup api, supaya daun tak layu sgt.
SUMBER NOOR HISHAM
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 
Facebook Page : Ketuk-Ketuk Ramadan
Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Selamat mencuba 
heart emoticon

smile emoticon

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan