Isnin, 9 Mac 2015

Karipap Tok Umi

share dari link fb ~Buku Resepi

Karipap Tok Umi 
Sumber Resipi: Linakz Shaari (tapi saya tukar bentuk karipap kepada bentuk hati)  
Dicuba oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi 

Bahan Pastri: 
5 Cawan Tepung Gandum 

3/4 Cawan Minyak (tak perlu panaskan)- sy guna 
1/4 cawan marjerin 
+ 1/2 cawan minyak 
3/4 - 1 Cawan air + sedikit garam 

Cara- cara membuatnya: Satukan minyak dan tepung. Gaul rata. (Saya guna campuran minyak dan marjerin) Masukkan air bercampur garam sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga menjadi doh. 

Ambil sedikit doh dan bulatkan. Canai doh, masukkan inti dan kelim (menghasilkan lebih kurang 37 biji karipap). Kalau nak bekukan, goreng sekejap karipap dan biarkan sejuk, baru dimasukkan ke dalam freezer. 

Inti: Bahan-bahan: 
Kentang (potong dadu) 
Rempah Kari Ayam Bawang Merah* 
Bawang Putih * 
Halia* (saya tak letak) Ayam - dadu atau potong kecil serbuk kunyit Gula Garam Daun Sup Daun Bawang Serbuk Lada Hitam Kiub Ayam (Saya juga tambah sedikit carrot, cellery dan bawang besar yang didadu)

Cara membuat inti: Gaul ayam dengan garam, gula dan serbuk kunyit, ketepikan. Kisar bahan yang bertanda * (saya tumbuk). Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau. 

Masukkan rempah kari (tak perlu bancuh dengan air sebab bahan dikisar tadi dah ada air) dan kacau. Tumis sehingga rempah masak (tambahkan sedikit air jika air sudah kering dan rempah belum masak). Bila rempah dah masak masukkan ayam yang dah digaul dengan kunyit, gula dan garam tadi. Kemudian masukkan sedikit serbuk lada hitam, kentang dan air. (Saya biar ayam masak terlebih dahulu baru saya masukkan kentang). Pastikan paras air menutupi kentang yer. 

Masukkan juga garam dan kiub ayam dan tutupkan kuali. Jangan lupa kacau sekali sekali supaya tidak hangit. Bila air dah separuh kering dan kentang dah separuh masak, rasa dahulu samada cukup garam atau tidak. Kalau perlu, tambahkan garam secukupnya.
(Saya juga masukkan sedikit carrot, cellery dan bawang besar yang didadu bila kentang dah separuh masak).

Bila kentang dah masak, masukkan daun sup dan daun bawang dan kacau hingga rata. Kalau nak buat bentuk hati macam dalam gambar..

sila ikut langkah di bawah: 
1. Ambil sedikit doh dan canai ikut ketebalan yang dikehendaki. 
2. Letakkan acuan berbentuk hati di atas doh tadi. Jangan ditekan acuan tu yer, cuma letakkan saja sebagai panduan untuk meletakkan inti nanti. 
3. Letakkan pula inti di tengah-tengah acuan tadi. 
4. Alihkan acuan dan lipat doh kepada dua supaya doh menutupi sepenuhnya bahagian yang diletakkan inti tadi. 
5. Terapkan doh yang berisi inti dengan acuan. 
6. Beginilah rupa karipap berbentuk hati yang diterap tadi. 
7. Tekan (pinch) sekeliling karipap supaya inti tidak terkeluar dan supaya mudah nak kelim.
8. Kelim sekeliling karipap dengan kemas.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan