Ahad, 8 Mac 2015

Nafsu yang membawa kegelapan; "Manusia akhir zaman itu sering memanjakan nafsu mereka.

share dari link fb ~Jom Dakwah Bersama Ulama

Nafsu yang membawa kegelapan; "Manusia akhir zaman itu sering memanjakan nafsu mereka. Nafsu itu mesti dipuaskan. Nafsu nombor satu. Agama itu kemudian. Dibelakangkan. Hal ini akan membuatkan mereka lupa pada Allah سبحانه وتعالى. Nafsu manusia jika tidak dididik ianya akan membawa kepada kegelapan pada hati manusia." 

"Yang bilamana ia tidak dikawal, ia akan membawa kepada kegelapan demi kegelapan kerana apabila tidak dipijak nafsu itu tadi maka ia akan sewenang-wenangnya melanggar perintah Allah سبحانه وتعالى. Ia akan sewenang wenangnya membuat dosa, sewenang wenangnya melakukan maksiat dengan tangannya, dengan kakinya, dengan telinganya, dengan matanya dan dengan lidahnya dan ini semua adalah saluran yang membawa kegelapan dalam hati manusia."

"Hati manusia akan menjadi gelap. Terbit dari kesan tidak mengawal nafsunya itu tadi. Dan hati yang gelap seperti bilik yang gelap. Bilamana kita masuk kedalam bilik kita dalam keadaan gelap, bagaimana kita membawa kegelapan bilik ini keluar?" 

"Adakah kita ambil kayu dan kemudian memukulnya ? Adakah kita guna kekerasan? Tidak. Tapi kalau kita ambil cahaya walaupun kecil, masuk kedalam bilik gelap tadi, maka akan bercahaya seluruh bilik gelap tadi. Cahaya itu akan menghilangkan kegelapan didalam bilik itu. Begitu juga dengan hati manusia, untuk mencahayakan hati manusia yang telah gelap, yang keras, bawakanlah cahaya ke dalam hati itu dengan Zikrullah." 

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Dari: Raudhatul Muhhibin
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan