Khamis, 19 Mac 2015

KOBIS BUNGKUS DAGING

share dari link fb ~ Kerja Dari Rumah

KOBIS BUNGKUS DAGING

Bahan bahan
10 lembar daun kobis - dicelur hingga layu
1 biji cili merah - dipotong-potong
Inti
300 gms daging cincang
1 biji putih telur
2 sudu makan bawang besar yg telah dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
Cara-cara
Campur bahan inti menjadi satu, gaul hingga sebati.
Siapkan lembaran kobis yang sudah dicelur, isi dengan adunan inti dan tambahkan potongan cili besar ditengahnya.
Padatkan inti dan gulung hingga kemas. Ulang hingga selesai.
Kukus hingga masak. Boleh dihidangkan dengan sos yang sesuai.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan