MEYAKINI PERTALIAN KITA DENGAN RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM
Oleh Al-Habib Najmuddin Bin Othman Al-Khered HafizhahuLlah
"Dalam ikrar dan pengakuan kita bahawa kita ini umat Nabi Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam - selalu dan ingin sentiasa bersama baginda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam; hakikatnya, Baginda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam sentiasa bersama kita.
Kalau diibaratkan hubungan ini umpama tali, berapa banyak agaknya tali yang dipegang Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam untuk memegang setiap umatnya yang menyambung hubungan dengan Baginda? Biar banyak mana sekalipun tali dan beban yang akan ditanggung oleh Baginda, Baginda sekali-kali takkan melepaskannya; kecuali di kalangan umatnya yang melepaskan tali itu.
Mungkin ada tali umatnya yang sudah kendur akibat tidak berselawat kepada Nabi SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, sudah jauh daripada Sunnah Baginda, atau bermaksiat. Kendurnya tali itu dirasa oleh Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam.
Ada tali yang kemas ikatannya, bahkan; ada yang semakin pendek mendekati Baginda dan terus ditarik Baginda (mendekatinya) oleh kerana banyaknya berselawat kepada Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, membina Sunnah Nabi SallaLlahu 'Alaihi Wasallam dalam kehidupannya, berakhlak dengan akhlak Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam.
Nabi SallaLlahu 'Alaihi Wasallam mengatakan, 'Sedekat-dekat seseorang denganku di akhirat nanti ialah yang paling banyak berselawat kepadaku.'
Yang akan memberatkan timbangan di Mizan (timbangan) ialah akhlak yang baik; kata Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, dan semakin dekat dengan Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam.
'Check' tali hubungan kita dengan Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam - adakah kendur, atau sedang-sedang saja, atau semakin dekat dengan Nabi SallaLlahu 'Alaihi Wasallam? Ianya terpulang kepada kita yang memegangnya di hujung ini, dan yakinlah yang Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam takkan melepaskan tali pegangan di hujung sebelah Baginda."
[*]
Bersumber dari laman:
Gambar kredit kepada Majlis Ta'lim Sawa'asabil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan