Petikan Tazkirah Jumaat, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Keperluan asas terdiri daripada makanan dan minuman, pakaian, dan rumah kita. Ini keperluan asas yang diperlukan semua manusia. Manusia dalam memenuhi keperluan asasnya pelbagai cara untuk mendapatkanya.
Dalam mendapatkan keperluan asas Rumah, manusia kalau mencari rumah, akan mencari tempat stratergik, yang selesa dan aman. Bila sudah dapat rumah itu, maka akan membuat dekorasi yang cantik untuk menghiasi rumahnya. Meletakkan sesuatu yang sesuai sehingga sempurna.
Manusia perlu kepada rumah dan rumah itu akan dijaga oleh tuan punya rumah sendiri. Begitu juga dengan Allah, Allah juga punya rumah. Kita diperintahkan untuk menjaga rumah Allah lebih dari kita menjaga rumah kita sendiri. Menjaga rumah Allah lebih utama dari menjaga rumah kita. Bukan beererti Allah memerlukan rumah seperti kita, Tuhan tak perlu kepada apa apa dari Makhluk. Allah Tuhan, tak sama dengan makhluknya. Rumah Allah dalam bentuk tempat ibadah. Seperi masjid, surau, musolla, atau apapun jua namanya.
Didalam Al Quran, Allah berfirman
وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى ۖ وَعَهِدْنَا إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ
Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "bersihkanlah rumahKu untuk orang-orang yang thawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan yang sujud".
Allah mengambil janji dari Nabi Ibrahim & Ismail untuk sucikan rumah Allah,( Baitullah ) yang dimaksudkan Kaabah, masjidil Haram. Untuk orang yang datang untuk thawaf,i'tikaf, ruku' dan sujud, untuk beribadah yang datang dari jauh, untuk disediakan keselesaan untuk mereka. Ini rumah Allah yang pertama dibina, Allah lantik AJKnya Nabi ibrahim dan Nabi Ismail untuk menjaga rumah Allah.
Madjidil aqsa, Allah lantik beberapa anbiya', Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria, Nabi Yaakub Dan beberapa para Anbiya' dari Bani Israel. dan antara yang pernah menjadi Imam tetap disana termasuk Imran, ayah Siti Maryam.
Allah lantik Nabi Muhammad ﷺ utk menjadi bukan hanya menjadi Imam, tapi menjadi orang yang bertugas untuk membangunkan rumah Allah di Masjid Nabawi.
3 masjid diatas muka bumi yang dikatakan rumah Allah, dijaga oleh bukan sebarangan orang. Bukan calang² orang yang dilantik Allah untuk menjaga hak Allah. Bermakna, Rumah Allah lebih berhak untuk dijaga berbanding rumah sendiri.
Dari : Pencinta Rasulullah(saw)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan