Ahad, 8 Mac 2015

Kerutuk Daging

share dari link fb ~ Resepi Orang Kampung

Kerutuk Daging

Bahan-bahan ( 5 orang )

500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik

[bahan tumis]

1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara-cara

- Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
- Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
- Panaskan minyak
- Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
- Kemudian masukkan campuran rempah tadi
-Masak sehingga pecah minyak
- Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
- Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. - Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
- Siap untuk dihidang.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan