RENDANG SOTONG
Bahan
500 gm sotong sederhana
1 biji kelapa
2 s/b kerisik
daun limau purut
daun kunyit [jika suka]
garam
gula
minyak
Bahan mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
2 sm kunyit hidup
Cara
1. Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak
3. masukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
5. Masukkan sotong dan janggutnya [kepalanya]. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat.
7. Angkat dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan